Mimpi gigi patah dan itu benar...

My last post about mimpi gigi ini patah kan... It's true... Tanggal 27 November 2007 pukul 12.30 pagi , Tok Ayah (my inlaw grandad) pergi ke rahmatullah.

Petang Isnin , aku baru nak makan lunch, pukul 4.30 petang, Bie tepon ajak balik kampung. Bie kata Tok Ayah jatuh. Aku panik giler.. terus tak jadi makan. Mana tidaknya, rasanya baru minggu lepas ,makan nasi kandar satu bungkus dengan Tok Ayah.

Aku sampai Hospital Butterworth Pulau Pinang, lebih kurang pukul 11.50 malam. Kesian Tok Ayah. Mama kata sejak jatuh dia langsung tidak sedarkan diri. Tok Ayah dibantu dengan alat pernafasan. Aku pelik kenapa arwah tak dimasukkan ke ICU ( cox for me he's looked so critical). Air mata ini berlinang, melihat arwah. Bila sampai hospital barulah aku dapat tahu, Tok Ayah ada darah tinggi. Time dia jatuh darah dia dah mencecah dalam 300. Doktor kata dalam brain Tok ayah dah bleeding. If minor bleeding maybe dia leh baik sendiri, or doktor leh buat surgeri. But this one was the major one. Sebab Tok Ayah dah 72, Doktor tak berani nak buat surgeri. Dalam 20 minit aku tengok keadaan Tok Ayah yang kaku di katil hospital, doktor mengesahkan Tok Ayah sudah pergi kepadaNya.

Kesian Bie, saat akhir itu sempat lagi dia memanggil Tok Ayah. Sayang Bie... Dia terlalu sayankang Tok Ayah. Sebelum kami kawin Bie pernah bagi tau aku betapa kasih dan sayang dia terhadap datuk kesayangan dia. Jadi betul lah kan mimpi gigi aku patah tu? MasyaAllah....

Tok Ayah ...Dia terlalu gentle... Murah dengan senyuman... Setiap kali aku datang walaupun ketika itu belum bergelar menantu, Dia tak pernah membezakan aku dengan cucunya yang lain. Dengan Tok ayah, aku boleh berkongsi satu bungkus nasi kandar yang dimakan bersama dalam satu kertas, pasembor dalam satu mangkuk... (rasanya kalau dengan Atok aku makan lain-lain pinggan). Tok Ayah tak pernah menyusahkan sesiapa. Tok Ayah tak pernah pergi hospital. Pertama dan kali terakhir dia di hospital adalah pada tarikh dia pergi. Mungkin sebab itu kami semua dan arwah sendiri tak tahu yang dia ada darah tinggi.

Angah yang baru berjumpa dengan Tok ayah pun cukup senang dengannya. Kata Angah sewaktu kami pulang dari Langkawi "Seronokan Kaklong kalau kita ada atok macam Tok Ayah". Manakan tidak, kucupan mesra Tok Ayah akaN lekat dipipiku kalau ingin pulang ke Kl. Kini semua itu hanya tinggal kenangan yang indah.

Aku pasti akan rindukan Tok Ayah bila kami kembali ke Butterworth. Al-fatihah...




xoxo

Mrs Magique

Comments

Popular Posts