Sayonara Sis!
Masa ni belum say good bye lagi...
I think this is first time we hug macam tak nak lepas.
Macam mana nak mula kan...
My family only ada 3 child including me as older sister,my sis & little brother. My little brother baru tingkatan 3 so he always ada kat rumah. My sis already 27 years old & married.
Walaupun our age agak tua, tapi rasanya sebab we really have a small family we closed in different way.Both of us different dari segi independent but dari segi manja dengan mak & abah... we still the same. I'm not sure if everyone like us, age like this we still sometimes tidur peluk mak or makan mak suap. Me? Married? Rasanya itu bukan penghalang, I never stayed apart from both of my parents.
Lain dari segi independent? Herm... Aku ni duduk bawah ketiak mak sejak lahir sampai dah kawin (walaupun lain rumah tapi masih dekat)Ingat dulu masuk universiti dapat duduk jauh tapi masih dalam Selangor. Lain macam Angah.Masa umur dia beberapa bulan,mak terpaksa bagi Atok jaga.Alasan? Dulu susah... Tapi masa Angah 3 or 4 years mak amik dia balik, masa tu alhamdulillah Mak kata rezeki dah ok.Yela kan anak,sapa tak sayang...
Aku ni mulut becok(sampai mak sedara(22 yr)yang jaga aku masa aku 6 tahun lari dari umah aku ; alasan dia mulut aku jahat!), terlalu caring (Along kot), tembam & kuat main!
Angah... she's tottaly different, kurus, comel, pendiam, rajin belajar & kuat nangis kecik-kecik( believe it or not sampai pernah kena selam dalam kolah dengan pakcik kita org sebab dia nangis tak berhenti masa she's 5 or 6 yr old.)
Angah rajin belajar... so Form 1 lagi dia dah masuk bording school & dapat masuk universiti & umur 21 yr old dah kerje... so lepas kerje tu lah pada aku Angah makin manja dengan mak (mungkin lama sangat hidup berdikari & sejak umur 13 tahun dah duduk jauh, sekali-sekala je balik)Aku kagum dengan Angah... setiap benda yang dia kata dia nak pasti dia capai.Cemburu.. tipulah kalau aku kata tak, tapi cemburu in good sense;cemburu yang buat aku nak lebih berjaya.One thing for sure I proud to be her sister. Cuma malas nak tunjuk depan Angah, kang dia perasan plak kan.*sigh*
Hubungan adik-beradik kami kelakar & mengerikan.Why? Kita org pernah gaduh tarik rambut, bertumbuk sampai umur aku 25 tahun... *LOL* Sampaikan Abah dah tak larat jadi refree.Rotan abah bukan sebab kami jahat tapi sebab kami kuat bertekak & memekak. Mulut orang perempuan kalau bergaduh pepaham jer la. Tapi pada aku sebab kami bergaduh itula buat kami makin rapat.
Angah bukan jenis orang yang balik lewat malam. So one day bila dia kuar to watch concert & balik lewat,aku jadi tak tentu arah.Kuala Lumpur kota yang penuh dengan muslihat,you never know! Tak boleh tidur aku dibuatnya but I never told her...
Bila Angah ajak gi shopping bukan takmo ikut. Penat, letih dan geram. Masuk one shop to another , masuk fitting room berpuluh kali, end-up nothing. She's really choosy! Aku lain,kalau suka amik, muat beli! Tak payah masuk puluh2 kedai. (maybe because I know tak semua kedai ada my size)
Yesterday we sent her & Malique to airport.Impian Angah untuk belajar & kerja di tempat orang.Sedih rasanya tengok my lil sis nak pergi. Dah takda sapa aku nak cerita pasal make-up, tolong cabut bulu kaki *lol*, pergi habiskan duit kat salon , komen pasal baju aku pakai.I know people may say about phone or webcam, tapi semua tuh tak sama bila dia dekat.
Aku sayang Angah, cuma rasanya cara aku bertekak dengan dia tu cara aku tunjukan sayang aku.Pelik tapi benar.Kalau dia pergi abroad, satu hari dekat 5 kali aku tanya mak dia tepon dah ke belum.Cek email hari-hari just wanna know that she's save! Hey! She's the only sis I ever had.
Masa kat airport,aku tak tahan tengok mak dan angah menangis.Aku tak pernah tengok angah nangis macam tu.Aku memula ingat nak tahan air mata, tapi keluar gak.Masa tu baru sedar betapa kasih seorang kakak buat si adik.Abah... aku tahu Abah kena tunjuk dia kuat.He's the man of the house.I wish sis you in right path.Hope to see you this Raya Haji dear.
xoxo
Mrs Magique
Comments