Masalah owh Masalah


Tatkala aku menulis ini, kepala serabut, badan sakit, kaki kebas, assignment berlambak, baju x basuh , exam nak dekat and I'm not able to apply leave sebab baru nak start kerja. Subhanallah...
Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya (2:286)
Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Bahawa sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan (94:5-6)
Dua kali Allah menegaskan dalam surah as-Sharh atau surah al-Insyirah tentang perkara yang sama.
Setiap orang dibebani dengan masalah-masalah dan tanggungjawab yang disanggupi. Owh, bukannya kita nyatakan “Ya, aku sanggup” tapi sebenarnya masalah-masalah itu padan dan layak dengan kita.
Yer, kadangkala kita lihat kawan-kawan kita seperti tidak punya apa-apa masalah, bukanlah bermakna mereka bahagia tanpa masalah, kerana setiap orang pasti ada masalah mereka yang tersendiri. Bezanya, mereka yang bijak mengendalikan masalah mereka dan mereka yang percaya di sebalik setiap masalah adalah satu tarbiah dari Allah untuk menjadikannya insan yang lebih baik.
Kita tidak boleh keluar dari masalah tanpa menyelesaikannya. Mereka yang berjaya adalah mereka yang dapat mengatasi dan mengharungi dan menyelesaikan masalah mereka.  Tidak bermakna jua, kita mengharapkan orang lain untuk menyelesaikan masalah kita. Benar, Islam jua mengalakkan sifat tolong menolong dan bantu membantu namun janganla sampai terlalu mengharap sampai kita tidak tahu untuk berusaha sendiri.Kita perlu tabah meniti dan melawan masalah kita.
Jadi sekarang ini , saya perlu plan macam mana saya perlu selesaikan semua masalah saya sebelum saya mula berkerja minggu depan. In Sya Allah saya ada Allah. Dia akan bantu umta dia yang lemah ini dan tunjukkan jalan penyelesaian. In Sya Allah. Allah sedang menyediakan saya untuk menjadi seorang yang mantap! 

Love, 

Marlia

Comments

Popular Posts