Juara AJL 29 - Apa Khabar by Joe Flizzow + SonaOne

2:48 PM

Banyak sangat yang tak puas hati lagu ni Juara. Pada
aku, simple.. mereka memang layak. Kalaula mereke berdua ni menang vokal terbaik, maknanya memangla something wrong dengan Juri. Dayang was superb and she deserved it.  While persembahan terbaik , yes Mojo and Caliph Busker menang aku setuju. Aku tak pernah tengok penonton bagi standing ovation ramai macam tu lepas show. Aku yang kat umah ni pun
berdiri jugak.

Back to my Juara song.

Memula aku dengar lagu ni biasa sangat. Lepas tu bila Mr.H suruh aku dengar balik and hayati lirik bait demi bait, yes… agree with Mr.H. Lagu ni something. Itu dulu before diorang dapat masuk Juara Lagu. From that moment I called it Mr.H song.

Mr.H cerita, lagu ni mungkin sejarah Joe and Malique. Sejarah dari susah sampai ke tahap sekarang iniKat bawah ni lirik dia. Kalau korang baca dan kupas satu-satu maknanya sangant dalam demi untuk sebuah persahabatan.

Congrats you both!!! I just wish Malique and Joe will be together again.


Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
Purnama menerangi gelapku
Dan bila fajar menjelma
Itu permulaan hari baru
Dunia gamat bunyinya
Sunyiku hanya Tuhan tahu

Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah


Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Mereka kata masa depan kami sungguh cerah
Lirik dan rap kami bak anugerah
Ini semua sebelum semua anugerah
Masa bila lapar semua makan mee segera
Show pertama luar KL di Pulau Pinang
Lapan orang naik dua Kancil tapi semua senang
Dua bilik empat katil jadi empat di lantai
Kalau tidak silap ada yang sampai di tepi pantai
Dan kali pertama kita diserbu peminat
Di Kuching, Sarawak seperti semalam aku ingat
Setiap langkah bersama seakan tidak percaya
Kita berjaya jadikan rap sebagai kerjaya
Permulaan pengembaraan yang berliku
Dan ini mungkin sinopsis hidupku dalam lagu
Kau kembarku hari ini dan semalam
Jadi hari esok itu sendiri boleh faham

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku


Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua

Pada mulanya kita menjajah
Lagu-lagu bahasa penjajah
Dan kita berdua budak belasan

Kau pandai buat percaturan
Industri penuh dengan peraturan
Semua kita bahas dan pidatokan
Sebab ini dua budak bijak
Kita kata ya mereka tidak
Kalau gagal merancang itu merancang untuk gagal
Ku masih ingat pesanmu


Ingat Zal kita Z paling handal Zal
Suntikan semangat untukku
Setiap persembahan phenomenal
Beribu lagi fans luar stadium
Lepas pusing satu Malaysia, Singapore, Brunei, Indonesia
Angan-angan jadi impian impian jadi cita-cita
Kata-kata jadi lagu puisi jalanan tercipta
Siapa kata jangan bermimpi doaku pada Yang Esa
Mungkin permulaan baru di ketika berbeza
Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua





You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe