Tudung?

Selasa lepas kat office tetiba ada sorang budak Cina datang kat saya

Bdk Cina : Marlia, I nak tanya you something boleh?
Me : Go on...
Bdk Cina : Kenapa orang Melayu ada yang pakai tudung and ada yang tak pakai?

**dush dush dush terasa seperti di tumbuk bertubi-tubi di muka, saya selalu berdoa orang tak tanya saya soalan keramat  tu, isk apa ke biol budak ni dalam banyak-banyak orang kat office ni kenapa dia tanya saya? masa ni saya dah terdiam sambil gelak-gelak sumbing memikirkan my best answer**

Me : Kenapa you tanya?
Bdk Cina : Just need an opinion. I ada tanya sorang married Malay girl and her asnwer was " pakai tudung or not sama je... tak ada beza..."

Adoi! Sapala makhluk Allah yang paling bodoh dalam dunia beri jawapan tu? Kalau ko nak kapir pun kapir la sorang-sorang. Janganla give bad info to others. With that kind of answer,  just imagine how other religions wanna respect you as Muslim? Panas dah hati saya masa ni, tapi macam biasala... Saya dengan senyum sumbing main belasah je jawab, yang penting saya tak burukan agama agung saya ini.

Me : Hard to explain dear, but I can give u example and you find your own answer ?
Bdk Cina : Ok? **dengan muka blur dia tu**
Me : First, jawapan yang u're friend bagi tu I tak setuju. Pakai tudung wajib untuk seorang wanita Islam, so sekarang ni I tau I memang dah salah . Tapi  kenapa I tak pakai tudung? Hard to answer... I give you an example, I rasa semua agama tak bagi having sex before married, Islam, Buddha, Hindu even Christian... But you tell me...  why  masih ada ramai stay together and having sex before married?  They know thats a sin but still  they do it? not point finger to any religion... but just think... Everyone have their own believe, tapi kenapa semua tak ikut? Semua orang ada their own kitab but still? Semua penganut tahu benda yang boleh diorang buat or not in their religion, but most of them choose ? Think your selfla...
Bdk Cina : I think I understand
Me : Erm... ok... tapi sebenarnya kenapa dalam Islam perempuan kena tutup aurat sebab nak elakkan perkara-perkara yang tak patut, and they should keep their beauty to their husband only... (hish part ni yang malas aku nak explain)  Lebih kurang macam tu la...
Bdk Cina : Ooooo I hope u tak tersinggung with my soalan tadi. I just curious.
Me : ala normal la tu... ramai orang pelik sebenarnya but they need to think harder or the best thing is to read to know better. (part ni aku tahu aku dah mengarut terlebih ahaks)

Saya rasa jawapan aku mengarut dan tak beri dia sepenuhnya kepuasan untuk soalan dia tu. Asalkan saya tak burukan agama kesayangan saya cukup! Eh... semua orang ada hak keagaman, cuma saya tak mahu  agama saya di kondem sewenang-wenangnya. Salahkan diri sendiri bila kita tak buat terbaik untuk-Nya ; cukup untuk kita tahu kita masih dengan-Nya.

Saya rasa sayapaham budak Melayu yang explain kat bdk cina tu maksud apa  by "pakai tudung or not sama je". Dia maybe geram dengan sesetengah orang yang bertudung, tapi pakai skirt bawah lutut,  pakai baju lengan pendek yang menampak ketiak, pakai baju yang menampakan bentuk tubuh badan, pakai baju putih yang menampak corak bra,  pakai tudung di luar tapi gambar dalam FB pakai spagethi, berpegang-pegang tangan atau sentuh lelaki yang bukan muhrim atau yang gelak melahau-lahau sampai satu office dengar but still.... janganla bagi contoh itu kat orang lain (saya cakap sebab terjadi di depan saya sendiri).

Saya sendiri pernah terfikir, bila mereka-mereka di lambangkan sebagai gadis Islam contoh tetiba kelakuan sedemikian. Saya juga pernah terfikir, camner la kalau tetiba sekor budak kat office ni datang kat sayadan tanya " kenapa dia pakai tudung tapi pakai skirt bawah lutut?''
Ha... amik ko... terkena gak saya soalan yang lebih kurang sama itu hari ni...

Sekarang baru saya terfikir jawapan sepatutnya bagi soalan tadi "Kalau pakai tudung, maknanya I'll be a good Muslim, I dah tak leh pakai short, skirt, seksi-seksi keluar rumah nanti. I have to be a good Muslim example to others when I pakai tudung. I only can wear all those with my hubby je.  Which I'm not ready yet and right now I dah berdosa because not wearing it , I'm disobey my Allah, but then it's between me and my God la.. "

Isk saya rasa masih salah jawapan saya ni... Macam jawapan budak kecik jek. Saiko la. Oh ya, I love few blogs yang ownernya bertudung tapi stylo! Cantik sangat... Apa blog dia? Alamak cuba korang click-click blog add kat tepi tu... nanti korang jumpa la...

P/S : Saya envy tengok orang yang pakai tudung cantik-cantik, still bleh dress up and menutup aurat. Nampak decent, cantik, ayu dan yang penting... up to date! Insya-Allah bila sampai masa dan ketikanya waktu itu akan tiba jua... Amin. Semalam ada sorang budak office pakai tudung tapi pakai earing, cantik sangat. Suka!



took it from http://hijabstyle.blogspot.com - thanks!

Tengok, walaupun berhijab still boleh dress decent and menutup aurat kan! Cantiknya boot itu...

Saya google terjumpa hippie dress  ni... cantik jugak kan kalau pakai dengan tudung. Tapi top tu kenala butang sampai atas or pakai tudung labuh sikit. Cantiknya... ha....

P/S no 2 : Hubby cakap tak pa ke aku tulis macam ni? I think it just an opinion and everybody have a right to speak and give their thought right?

Comments

Ermayum said…
xapa ja i rasa - ok lah tu u explain pakai tudung wajib tu no 1 - but ada yg buat ada yg tak - part contoh sex and living together to creative i mean senang bagi dia utk faham hehe

tapi dear kalu memang cantik pakai apa pun cantik pakai purdah tgk mata pun dah tau cantik :D
Marlia said…
agree, mata org yg pakai purdah memang selalunya cantik!
just respect u berani tulis perkara ni :) tak apa, semua perkara tak boleh terburu-buru. Inshallah, semoga satu hariu akan terbuka hati untuk lengkapkan agama dengan menutup aurat..

Popular Posts