Mimpi Gigi Patah...

8:21 PM

Selalunya bila mimpi mesti tak ingat apa yang di mimpikan... Tapi pagi tadi memang ingat sangat, 4 batang gigiku patah!!! Pelik. Macam ada petanda. Bangun - bangun jek tido terus pasang niat nak gi jumpa dentist nak check gigi. LOL . Sampai kat office teringat lagi pasal mimpi tu, terus tanya Kak Azimah and Azreen. Diorang jawab serentak " Tandanya ada orang nak meninggal " Nauzubillah... Mintak di jauhkan.. Yela mimpikan mainan tidur. Dinner kat umah mak malam tadi. Isu yang diperkata "Abah dah berhenti smoking!!!" Horray!! Abah tuh nampak jek muda umur nak masuk 52. (maintain lagi bapak gue !!) Tapi Abah takut jumpa doktor. So bila dengar abah dah berhenti merokok, Alhamdulillah. Tapi mak kata, reason Abah berhenti merokok sebab adik bagi tau abah batuk berdarah masa sebelum puasa. Masya Allah... dahla mimpi bukan-bukan, pastu dengar pasal abah macam tu, tak senang duduk dibuatnya.( still hoping mimpi tu mainan syaitan) Abah susah sakit, bila sakit teruk sangat. Masalahnya, abah tak suka jumpa doktor. Tak tahu ler kenapa. Mungkin takut doktor reveal lagi banyak kisah dalam badan dia kot. Kesian Abah. Abah selalu nampak ceria... Abah tak pernah nampak macam ada masalah. Abah tak pernah nak ceritakan pada kami. Mungkin kami anak perempuan abah. Abah nak kami nampak Abah kuat. Yer la lelaki pertama dalam keluarga. ( I'm crying while writting this) Aku pun takut nak ceritakan semua benda pada Abah. Takut abah marah. Nak kawin pun , mak yang cakap dengan Abah. Kekadang aku rasa kami yang tak paham Abah. Aku kalau boleh sampai sekarang nak ikut abah kuar. Gi tangkap gambar. Mungkin sebab aku ni terlalu manja dengan abah, takut nak ceritakan aku ada BF, takut Abah terasa aku dah ada lelaki lain dalam hidup aku dan tak berharap pada dia lagi.Walaupun aku dah bersuami, aku tetap sayang abah, aku rasa Abah tetap yang terpenting dalam hidup aku...Walaupun ada sejarah silam yang tak mungkin aku ceritakan disini , biarla dia menjadi silam dan terpendam. Aku tetap sayang Abah...

Abah dengan ibunya... (atokku)

Anak gadis Abah


xoxo

Mrs Magique

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Instagram

Subscribe