Happy Mothers Day!!!



Today me and angah bawa mak jenjalan.Frankly speaking, it's more for angah wedding preparation, but I think we had fun even mom penat sikit. Yelah.. mana idaknya berjalan sehari suntuk. Mak dah la sakit kaki.

1)SOGO= lunch & ceri baju untuk adik, tapi ramai bangat orangnya.Pwning kepala. Then jalan kaki to...

2)Wisma Yakin = amik baju melayu Malique. Angah nak cari songket sekali for future husband, tapi songket sekarang mahal! Mak kata dulu dia belikan untuk abah baru RM100. Cantik sgt sampai sekarang ni. Now days, sampai seribu lebih... mak aii .Ada songket India la.. Pakistan la, Kelantan or Terengganu... Paling mahal Ganu punya la... belek punya belek, Angah tak jadi.. pening katanya.

3) Mydin... ingat nak cari bunga manggar. Masa my wedding, kita org beli kat Mydin. Murah! 50 batang RM10 .Tapi mak kata takda choice colour, so just buang masa jek kat Mydin tu... Ramai sangat org.

4) Destinasi ke-4 kedai KLIM. Cari bunga telur, cantik sgt.. memang sesuai dengan my sis punya tema... Cuma dia bising sket sebab kata angah mahal sgt.. erks... tapi kat mata aku ni.. itu jek yang paling sesuai!!! Nak tak nak Angah amik gak RM80 for 50 batang;sebab mak pun insist the same one.Oh ya, bunga manggar kat kedai nih mahal RM5 dari Mydin, but wedding angah lagi sebulan, so aku suruh dia beli gak... Bila ler ada masa lagi nak jalan-jalan cari barang mcam ni... Dah suntuk rasanya.Banyak lagi peparation lain nak buat.

5) Kedai kain JAKEL!!!! beli kain untuk malam wedding angah. Kalau ikutkan hati nak pakai jek baju apa yang ada even I dont have the team colour. Tapi nanti mesti all my aunt bisin!!! Sebelum kena laser dengan makcik-makcik tersayang gagahkan jua beli kain...Nasib baik mamat kat JAKEL tu bagi diskaun. Kala tak mau dua kali ganda harga dia.

Pastu we celebrate mothers day kat oldtown coffee with all the guys(abah,adik & hubby)It was fun!!!

To mak... Jasa mak tak terbalas dengan wang ringgit atau apa jua hadiah kat dunia ni. Sampai sekarang aku masih perlukan mak di sisi. Jahat macam mana aku dulu... keluar malam balik lewat sampai mak tak boleh tido tunggu aku balik, tetuka boyfren la... belajar stop-stop semua mak terima... Walaupun kadang-kala telinga ni perit dengar mak bebel... tapi mak tetap mak... Tak ternilai kasih sayang didunia ni dengan kasih mak. Buruk baik & susah senang aku ni.. mak jua lah yang telan dan tolong. Kadang-kadang perit juga dengar mak bebel... tapi tipulah kalau aku kata aku suka bila mak takda.

Ingat lagi bila mak pergi menunaikan haji... hati ni tak tenteram kalau mak tak tepon. Kalau boleh hari-hari nak dengar suara mak. Masa tu baru terfikir, biarla mak bebel hari-hari setiap saat, asal aku nampak mak depan mata.

Itu belum kawin, lepas kawin walau pun hubby sentiasa di sisi tapi aku masih tak boleh jauh dengan mak terlalu lama. Ingat lagi masa tuh balik kampung ldalam seminggu, hari ke-4 dah nangis sorang-sorang dalam bilik. Bila hubby masuk ...
" You rindu mak ek sayang?" he know me... Memang aku rindu mak. Teruk kan.

Kadang-kadang mulut ni jahat, berdosa dengan mak. Tapi bila dah terlepas cakap baru sedar diri.Aku terlalu rapat dengan mak kot.Sejak kecil aku tak pernah berjauh dengan mak. Masuk universiti pun dekat KL gak. Tiap-tiap minggu mesti balik jumpa mak. Dah kawin ni pun duduk sebelah rumah mak.Senang! Gi market & Tesco sama-sama. Kalau hubby kerje, aku bosan sorang-sorang kat rumah, jalan kaki jek 1 minit dah leh menyebok rumah mak.

Mak... terlalu banyak kasih mak untuk Along tulis. Along minta maaf sebab along banyak susahkan mak dari kecik sampai skang.I just want you to know that you will always & forever on the top of my heart! Thanks Mak!


xoxo

Mrs Magique

Comments

Popular Posts