Terima Kasih Semua !!!



Banyak benda yang nak di tulis, cuma masa je yang tidak mengizikan ( mungkin perkataan yang betul malas) . Entri kali ini mengenai hari jadi aku yang ke-29 tahun... Kadangkala kita fikirkan sebelum berkahwin betapa pentingnya buah hati kita, tapi selepas berkahwin baru kita sedar selain suami kawan-kawan adalah yang terbaik buat diri kita untuk berkongsi. Setiap ucapan 'Selamat Hari Jadi yang di terima dari teman-teman ( baik SMS atau FB) membuat aku rasa di sayangi ( cait perasan !!! ) Terima kasih semua atas ucapan hari jadi yang ke-29.Sekurang-kurangnya aku tahu masih ada yang sayang dan ingat budak tembam ini. Buat Mak, Abah, Angah dan Adik tercinta, terima kasih kerana sentiasa di sisi tak kira apa jua waktu dan ketika. Buat yang tercinta Bie... Sayang awak sangat, terima kasih kerana terima diri ini seadanya dan SMS awak hampir buat saya menangis di kedai. ( entri akan datang !!!)
p/s : Ya ampun payah betul nak tulis Bahasa Melayu yang betul ni... ada hati nak jadi editor magazine ( see ?!! the roght word should be majalah ) . hahahahaha !!!

Comments

Popular Posts