Tuesday, August 23, 2011

Geran Kereta "not mine" hilang! = SETTLE!

Alhamdulillah… selesai juga isu geran yang hilang itu. Konkulasi? Saya tak jumpa langsung geran makcik saya. Saya nekad telefon makcik,  ajak buat geran baru kat JPJ. Masa nak telefon tu, punyala takut , Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah, makcik saya ok, cuma kena jerit sikit sebab dia malas JPJ ramai orang. Puasla saya mencari JPJ yang tidak sibuk dan  yang tidak membosankan. Akhirnya pilihan hati adalah JPJ Maju Junction! Dalam hati , kalau JPJ Maju Junction ni ramai orang , boleh suruh makcik jalan-jalan makan angin dalam mall Maju Junction tu. Boleh? Ahaks…

Proses flow?

1st:  Pada mulanya saya ingat boleh hantar wakil, tapi pihak JPJ kata itu dulu, sekarang ni kena owner yang datang.

 “ Adik orang Malaysia ni kan Malaysia Boleh, kereta curi pun boleh renew geran baru. Sebab itu nak owner yang datang bukan wakil.”

Yang ni dah boleh tick sebab my auntie ikut saya!

2nd : Pergi kat kaunter nombor cakap nak renew geran kereta hilang., nanti pakcik yang jaga nombor bagi form dan dia akan suruh isi dulu. Dalam kes saya ni, kereta makcik saya dah abis bayar. So lagi senang, sebab tak payah gi bank. (saya pun tak sure macam mana JPJ nak counter kereta tu dah abis bayar ke belum, sebab dia tanya with out asking any proof) Kalau ada salinan geran yang hilang lagi senang , sebab banyak detail yang diperlukan ada pada geran. After settle with the form, show back to the number uncle and terus dapatnumber.

3rd: Tunggu tak sampai 5 minit, nombor di panggil. Kaunter Renew Geran kereta ini istimewa, sebab tak kongsi dengan kaunter orang yang nak renew lessen ke, roadtax ke d n lain-lain la. Itu yang cepat tu. (iyela manala ramai orang hilang geran kan kan kan) Borak apa tah dengan my auntie, pastu dia show original IC, cop jari kiri dan kanan, within 5 minutes geran baru siap! Sekejap gila!
Masa nila saya love government! Hahahahah Servis yang amat bagus dan pantas!
You guys wanna more info about this please refer to JPJ website. It’s very helpful.

Lepas tu apa lagi, teman my auntie shopping baju raya la… J


3 comments:

AzwaZynal said...

thanks for this info:)
i do really appreciate it. hehehe

saya punya geran baru hilang. takut nak bagi tau abang2. hehhe. nasib baik boleh renew. thanks again :D

Liea said...

dear...

my pleasure...
glad it helps others... :)

Anonymous said...

Dear liea,

Thank you for this information, really beneficial.

zal