Role Constrain

How was your Thursday? Mine it was perfect! Woke up late, homemade breakfast and off to work. Alhamdulillah done drafting with one of my speech for public speaking.

Sebenarnya nak cerita semangat yang hampir hilang untuk teruskan pengajian. Rasa macam terlalu banyak tanggungjawab yang perlu di pikul . Sebagai seorang isteri, sebagai seorang anak, sebagai seorang kakak, sebagai seorang sahabat dan juga sebagai seorang pekerja. Pernah terdetik perasan mengalah dan putus asa bila fikirkan assigment yang berlambak, final yang bakal menjelang. Rasa tidak terpikul bebanan di bahu kiri dan kanan ini.

Alhamdulillah, setiap kala rasa putus asa di luahkan, pasti ada yang menaikkan semangat kembali. Saya selalu fikirkan bahawa saya perlu buat ini untuk Abah dan Mak , dan yang penting sekali untuk masa depan saya sendiri. 

Mr.H selalu cuba berikan yang terbaik buat sang isteri yang sedang menelaah. Kalau dulu tepat pukul 10 malam pasti ada milo dan biskut kering atau mini pizza atau roti bakar buat Mr.H sebagai "supper" . Kini ia menjadi versi versa. Walaupun tanpa biskut kering atau mini pizza, hidangan milo di atas meja belajar saya sudah cukup untuk menaikkan semangat saya. Tapi tak kala sibuk menelaah, tetiba Mr.H panggil ajak tengok filem Sundalbulong "Alamak camner ni?!" LOL

Abah dan mak juga cukup memahami... mungkin lebih sesuai dikatakan terlalu memahami. Ah... mana mungkin ada orang tua yang tidak mahu melihat sang anak berjaya bukan?

Selalunya perasaan putus asa ini kerap di luahkan pada rakan sekuliah. Cik Adam yang comel dan Cik amy yang cute. Merekala yang kerap memarahi dan mengingatkan saya tujuan saya melanjutkan pelajaran. Tatkala putus asa untuk membuat tugasan pensyarah, merekala yang selalu memberi idea-idea untuk saya menerukan tugasan yang diberi. Thanks guys! I always owe you guys!

Now, saya rasa saya perlu membuat jadual untuk membahagikan masa saya untuk belajar dan tugasan setiap subjek. Also not foget to spent some quality time with Mr.H, family and friends... Lets draft it now.

Comments

Popular Posts