Ombak Rindu

3:37 PM

Gambar Wordless Wednesday tu sebenarnya ada dalam Ombak Rindu! Kui kui kui . Memula my cousin yang habaq, tapi x percaya, then when my BIL yg habaq... Saya apa lagi, terus ajak Mr.H gi panggung.

Dari tidak kepada ya! Sweet...

Yes! It's us ! Scene masa mak Aris belek-belek album untuk pelamin. Walaupun seminit, jadila...Kecik- kecik dulu memang nak sangat jadi pelakon, tu yang aktif aktiviti sekolah, dramala, debatela, story telling la, hish name it ! Owh cuma menyanyi je fail, suara merdu sangat.

Yang kelakonya, bila scene album tu keluar, kami laki bini buat adengan siku menyiku. Punyala auk! Macamla org2 yang duk sebelah tu heran kan?!! Hahahahah kalau saya Maya Karin or Mr.H is Aaron Aziz , lainla...

Review? Baik korang gi tendok! Tak rugi, baik pompuan maupun laki, mesti sedih. Tak caya? Betulla! Brother yang duduk sebelah saya tu nampak Jantan, tapi sob sob dia lagi hebat dari saya. Never read the book, tapi as for the movie , I love the way the story being film. It's not so serious... Tapi bukan cerita lawak jugak. It's balance.

Saya suka watak Aris. Baik dalam nakal. Baran... kemudian menyesal. Watak Izza, ada lagi ke gadis kampung sebegitu? Tapi saya suka! Cantik, ayu, baik hati dan pandai! Mila! Yes watak sebegitu memang wujud ! Cantik tapi perangai? Tapi semua itu mmg watak semulajadi wanita yang terlalu mencintai.

Perkahwinan antara Aris & Izza adalah terpaksa dlm rela, dan Aris & Mila adalah dipaksa demi keluarga. Perkahwinan yang pada mulanya berlndaskan nafsu, tapi akhirnya disusuli dengan bait-bait cinta yng sangat indah... Owh that's between Aris & Izza...

Kalau kamu rasa perkahwinan hanya berlandaskan cinta, ia mungkin salah. Rasa cinta dan kasih itu hadir dari kehendak Allah, dengan sekelip mata jua rasa kasih dan cinta itu boleh ditarik-Nya.Saya x dbenarkan berhandphone di dalam panggung oleh Mr.H. Kalau tidak sudah tentu saya plotkan bait-bait ayat Ombak Rindu dalam twitter saya. Scriptnya sangat indah. 

Ending? Tengok sendirinya... Baru feel. Mr.H ajak tengok cerita ni lagi di panggung. Maknanya bestla tu. (dia seorg yg amat susah sekali ke panggung yer...) Tak sabar nak tunggu DVD original! Confirm beli! Till then peeps, and happy weekend!

Anybody know kat mana tak lokasi ni? Suka sangat! Macam nak gi je...

Nak jugak!

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe