Kena terajang di KFC ?

Owh saya bukan sesaja nak tulis, tapi ini berdasarkan pengalaman saya 10 tahun berkerja di laman khidmat pelanggan ni **haih rasanya customer service lagi sedap bunyinya**

Saya hanya nak beri pendapat saya yang tak seberapa. Banyak saya baca dari other blog pasal kisah KFC baru-baru ni. Kalau tak salah saya, kenapa mamat tu kena sepak terajang (ok admit exaggerate lebih)  sebab tunggu ayam lama sangat and stock ayam tak ada. Sejauh mana kebenaran saya tak tahu. Tapi kalau betul itu la perkaranya, saya rasa orang yang bersalah dalam hal ini adalah Mr.Manager KFC itu!

Bila saya tgk Youtube, yang naik angin, satff biasa **tuh yg saya nampakla, tak tahula kalau tak perasankan**. Mana pergi Manager Outlet yang patut calm kan customer tu? Bila saya tgk Youtube tray ayam dema memang kosong and customer macam ramai.

Ok... kalau betul ayam tak ada, Manager tu kenala main kan peranan, please don't promise to your customer. Kenala inform customer ke, tutup kedai. Yer... as Manager memangla ko nak buktikan kat orang atasan yang ko boleh buat semua, tapi please be in org bawahan shoes and customer shoes. Jangan nak lepaskan bontot ko jer kan!

Entah-entah, bebudak staff dah bagi tau Manager, ayam tak ada, camner nak jual? tapi Manager keep open the shop, kekonon nak buat sale and nak achieve target...then inform tthe staff that "takpa-takpa stock nak sampai". Haih ,  kalau aku jadi org bawah pun aku bengang, I told you but you wont listen! Mentang-mentang ko manager ko ingat ko betul semua! HAHAHAHAHAHA saya adala ex- kuli masa study dulu, jadi saya tahu perasaan org bawahan! **hahaha kelako sampai skang kottttt ko ni org bawahan hahahaha**

Lepas tu, kenapala Manager tu tak  tenangkan customer. Dah orang ramai, ko tu keluarla...  bukan ke tu tugas ko sebagai Manager. Saya rasa kalau Manager Outlet tu keluar then inform customer ke, refund balik duit ke,  tak adala customer tu mencarut lebih-lebih kan? Org tengah lapar, tunggu lama, makanan tak ada, mestila hangin kan... Ni ko tak keluar langsung kott...Ke ko kecut ?!! Haih... inila pengalaman saya kerja customer line ni , kaki bodek memang senang giler naik pangkat, tapi tak tahu buat apa **rasanya semua office kot LOL**

Ha lagi satu yang saya memang tak suka, ko tu dah la kerja customer service, cubala SENYUM!  ni duduk kaunter muka macam taik! Hey I been there... so tak yah nak auta! Saya kerja dari bawah yer... lap meja, lap muntah, basuh longkang... So I know how tough the work was! Ni duduk kat front desk, keja macam company tu bapak ko punya! Sekali pun bapak ko punya, senyumla... bukan ke senyum tu pembawa rezeki, permulaan persahabatan dan penenang jiwa?!! Kalau customer tengah marah pun, kalau ko senyum and cakap bebaik, I think they know how to tolerate **kecuali yang dah memang bengap dan berlagak sombong tu, tu ko jeritkan balik pun ok, sebab customer not always right!**

Back to the KFC punyer cerita, kalau saya 10 minit tunggu pun saya dah bangun , gi terjah ke kaunter and cakap " Lama lagi ke? kalau lama saya nak duit saya balik. Dah kebulur sangat ni..." yang customer ni bengap gi tunggu sampai sejam kenapa? haih... Baik tak bertempat, lepas tu hangin kan... 

Hakikatnya, saya rasa staff and customer tu tak salah langsung. Diorang dedua penat dan marah... so they intend to do anything yang luar jangkaan. Persoalannya... kenapa manager tak handle benda ni? Kalau dah tau cuti lama, kenapa tak simpan stock? Kalau tau tak ada stock kenapa jual? Kalau tau customer dah tunggu lama, kenapa tak refund duit tu? 

Jadi, sila buang je Manager outlet tu... Sebab dia tak dapat manage outlet and the staff. Itupun kalau kisah yang saya baca di blog dan video di You Tube itu benar.   Kalau salah saya minta maaf yer... tapi still I think all Outlet Manager kena belajar people management skills. 

Dan pada sesiapa yang kerja customer service  itu, banyak-banyakla bersabar.... dah itu pintu ezeki kita kan... Nak tau tak, walapun anda hanya jawap telefon, tapi orang boleh tahu tau, anda jawab dengan senyuman atau tidak! **saya tau jugak, sebab saya pernah kerja itu jugak.... Alhamdulillah pengalaman ini semua yang buat saya hargai kerja saya sekarang**











Comments

zan said…
salam,
manisnya senyuman tuan blog

Popular Posts