Alhamdulillah

Alhamdulillah...

Tinggal 10 hari lagi 2013 akan melabuhkan tirainya.

Aku bersyukur kepadaNya dengan segala kebahagian, kedukaan, halangan, cabaran, kesukaan dan segala-galanya yang telah berlaku sepanjanng 2013.  Permulaan yang  mencabar tetapi di akhiri dengan Alhamdulillah...

Kalau dulu aku bercinta nak ke pejabat, tapi kini demam pun kudrat masih hendak melaporkan diri. Kerjanya bukan sedikit , tetapi sebab di kelilingi dengan mereka yang penuh kasih sayang, dengan mereka yang penuh dengan keihklasan ,buat aku gembira. Kisah mereka cukup cantik untuk aku lakarkan di kanvas yang putih itu. Aku pasti jika kanvas itu di jual pasti  lebih mahal dari kanvas Monalisa kerana 1001 kisah terselit di sebaliknya.

Kalau dulu hati ini sakit yang amat bila mereka yang tidak memahami asyik bertanya “kenapa tak ada anak? Merancang ke? Tak nak gi check doctor? Dah berubat?” Adus... tertusuk dalam sangat. Tapi kini aku hanya tersenyum. Kenapa kau meragui perancangan Allah buat aku dan cinta halalku? Bukankah Dia lebih mengetahui ?

Aku bersyukur... Bersyukur di kurniakan keluarga yang terlalu memahami. Bersyukur kerana cinta halalku yakin dengan perancanganNya. Usah kau terus bertanya... alangkah bagusnya kalau kau titipkan doa buat aku dan cinta halalku supaya cepat di anugerahkan cahaya mata. Bukankah itu lebih molek?
Setiap kali aku kedukaan, di landa gelora pasti ada sahabat di sisi. Thet just like my sister. Mereka tahu siapa mereka. You guys never fail me. Perhaps I am the one that always failed! Sorry kesayangans. Korang tahu how much I love you guys! So much!

Aku bahagia di sisi cinta halalku. Mana ada pokok yang tidak bergoyang bila di tiup angin? Laut mana yang tidak bergelora? Alhamdulillah... rahmatNya buat kami bahagia walaupun berdua.
Owh kami tidak pernah berdua. Alhamdulillah... kami di kelilingi dengan mak abah yang sporting from both side, adik beradik yang cukup memahami, makcik, pakcik, sepupu-sepupu yang sangat sporting from both side too! Owh aku bahagia! Terima Kasih Allah...


Tirai 2013 bakal aku  labuhkan dengan penuh kesyukuran, dengan penuh kerahmatan dengan rasa Alhamdulillah. Semoga tahun 2014 lebih baik dari 2013. 


Comments

Popular Posts