The Magical Thoughts...

Petang tadi saya terima satu text message kawan BFF saya.

BFF :  Assalamualaikum babe, my MIL bought you something from Mekah. Dia memang teringat2 masa kat sana. Insya-Allah can help with fertility.
Me  : Really? Aper dia babe
BFF : Dia macam buah kering kena rebus and minum
Me : Buah zuriat and for me ke babe?
BFF : Iyer kot, yup dia memang teringatkan masa kat sana

Tetiba rasa pipi saya basah.  I’m crying. Terus lap cepat-cepat, sebab masa tu saya masih di office dan tengah attend conference call. Rasa terharu sangat. Rasa yang tidak dapat saya tuliskan dan gambarkan di sini. Rasa yang bercampur-baur.

Tetiba saya teringat kisah sepupu saya Nurul yang saya jumpa semasa menghadiri majlis perkahwinan di Melaka 2-3 minggu lepas.  Kami bergossip mengenai fertility. Nurul senasib dengan saya, hampir 3 tahun melayari bahtera perkahwinan, mungkin belum masanya lagi rezeki cahaya mata dari Allah buat kami.
Bermacam cara usaha dan cara yang sudah Nurul ikhtiarkan, dan salah satunya adalah buah zuriat. 

Semasa Nurul menceritakan mengenai buah zuriat yang hadir dari bumi Mekah itu, hati ini terdetik...  gerangan siapala yang bakal mengerjakan umrah/haji kelak, yang boleh saya pesan buah zuriat ini. Menurut Nurul, di Malaysia kos sebiji buah ini boleh mencecah RM40 sebiji, tapi di tanah suci Allah buah itu hanya beberapa sen sahaja. Sejauh mana kebenaran harga buah ini, saya tidak pasti.  

Owh tersasar sudah entri ini, apa yang cuba saya terangkan adalah betapa besar kuasa-Mu Allah... Niatku hanya di sini tapi Kau sampaikan buat Auntie yang ketika itu berada di bumi-Mu. Auntie bukan pun sedara –mara saya, she just my BFF MIL... tapi ingatan itu yang buat saya terharu... 
Besar sungguh kuasa Mu Ya Allah...

For you my dear Auntie... Thank you so much... Tak tahu saya nak balas dengan apa. Ingatan itu yang buat anakanda ini terharu. Thanks again Auntie!

Auntie dear... jangan marah yer... pix taken withour your permission
Auntie dengan cucu-cucu kesayangan, plus my favourite girls too!

Comments

Zach Reza said…
Alaaa kan nak nangis dah ni. Will show my MIL tmrw this entry,anak-beranak melayan emo ;P I'm surprised too that she remembered,terharu pun ada. InsyaAllah,we never know kan? Always praying for you darling,Ameen!
Ermayum said…
insyaAllah ada rezeki baby

i pun tak penah dengar pasal buah ni huhu

Popular Posts