Homemade Apam Balik

1:16 PM


Aritu aku terjah blog Lady of  Leisure , adoi tak tahan tengok picture Apam baliknya. Sungguh menyelerakan. Tambahan pulak Mr.Hubby suka  makan apam balik yang tak besar dan lembut sangat dan yang tak kecil dan garing sangat so this an opportunity for me... Tunjuk terror la gamaknyakan.

Satu masalah aku, kalau tengok gambar cantik mesti geram dengan foodnya. Kena question Lady of Leisure ni camner nak amik gambar food bagi nampak menarik. Herm... Tengok gambar aku kat atas tu...  Amik pakai my handphone jek. (itula aku kena da my own digital camera la.... mencinya!) Kalau korang tengok mesti kurang menarik, mesti takmo buat punya la... so gi terjah blog Lady of Leisure la... gambor dia cantik lagi dari aku.


Mr. Hubby kata aku terhegeh-hegeh so dia tolong aku buat. TQ dear... 
 Kita orang guna normal kuali, pastu tuang batter tu satu senduk kat kuali , pastu buat bulatan guna senduk tu mengikut tahan kesukaan kenipisan dan ketebalan yang di kehendaki.  (ala-ala buat lempeng) Tapi lempeng nipis bebenor la... Hakikatnya ikut suka...

Okla ni , aku pastekan bahan-bahan dan cara nak buat apam balik ni incase korang malas nak browse.
I took it from Lady of Leisure and she took it from Ms Oreo.

Bahan-bahan (4-5 orang):

Source: Ms Oreo from My Resipi
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 ½ cawan air
Sedikit mentega untuk mengoles
Bahan tabur: kacang tanah yang sudah dikisar , jagung krim, and gula ikut rasa.

Cara-cara:
Mesin gula bersama telur hingga kembang,
Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati.
Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan.
Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong.
Selamat Mencuba!

Kalau Lady of Leisure letak butter kat bahagian inti , aku pun sama, tapi aku cairkan dulu butter tu dalam mangkuk lain. So each apam balik aku letak satu sudu butter cair ni atas jagung. So ikut suka korang la.
Happy Apam balikking... (apa sajala word aku ni)

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe