Blackberry Bold 9780 anyone?

5:08 PM

Aku ni dah lama gila nak beli Blackberry ni... tapi sayang dengan my Nokia E72... Masih elok lagi, cantik lagi (mana idaknya pakai tak sampai setahun lagi) tapi kat dalam hati ni dup dap dup dap dup dap sibuk dengan BB Bold 9780.

Kalau tak caya tanyala Mr.Hubby, hari-hari aku sibuk ckap pasal Blackberry Bold ni. Kekonon nak pujuk dia hadiahkan aku ke, tetiba surprise belikan aku ke... ( tapi dalam hati aku tau , harapan... dia kata membazir handphone lama elok lagi huk huk huk)

Lagi satu Mr.Hubby kata aku tak ada kepentingan nak login everyday thru phone. What? Isk dia tak nampak ke bini dia ni  sibuk dengan lappy every single day? Balik kerja je terus on lappy ( uisk teruk gak perangai aku ni kan) Kalau dapat Blackberry Bold  tu kan best? Hari-hari aku leh tweet, aku leh FB some more leh blogging. Best best best.

So plan apa yang aku nak pakai? Of course la CELCOM kan...  promotion yang berbaloi-baloi... Currently pun aku memang pelanggan CELCOM, walaupun kadang-kadang kesian budak operator kena marah dengan aku. Nak buat camner kan dah tugas dia sebagai CS, kena la bersabar dengan pelanggan yang cerewet dan mengada-ngada macam aku ni. Bagaimana pun I'm still with CELCOM lah....

Memula aku baru kenal Bold 2, last week gi la survey kat Low Yat, aku tanyala berapa harga Bold 2 tu... 

Uncle Handphone  :  Amoi, mana ada orang tanya Bold 2 lagi ma... kalau u mau amik Bold 3 lagi best wooo
Me : Ha... Bold 3? Ada ke uncle? (masa ni mesti uncle ni dah anggap aku ni cokia betulll minah ni Bold 3 pun tak tau)
Uncle Handphone : Aiya... dia punya kamera sudah upgrade to 5MP , memory banyak besar 512MB pastu Bold 2 guna OS5 tapi ini Bold 3 huna OS6.
Me : oooooo okla uncle, TQ for the info uncle, saya fikir dulu.

Balik umah aku terus google le  pasal Blackberry Bold 3 ni... so korang leh cek kat sini pasal spesifikasi Bold 3 ni dengan lebih terperinci lagi. Manakala untuk package yang Celcom offer untuk Blackberry korang leh click sini plak.


Aku teruja dengan package Celcom Exec 50+BlackBerry® Lite untuk contract 12 bulan dan montly comitment nya RM118 dan kita bleh beli BOLD 3 dengan harga RM1,488 plus RM300 for upfront payment ( harga sebenar kalau tak amik package RM1800 leh dapat kat Sg Wang... ori atau tak ? tak tahu le plakkan dari ragu-ragu baik amik je package Celcom ni... hp original contract setahun je.. pejam celik pejam celik dah habis contract tu. Upfront payment tu plak akan diorang tolak RM50 for the next 6 months from  monthly comitment)

Lambat laun aku akan cuba dapatkan Blackberry Bold 3 tu... mungkin bukan tahun ni tapi tahun depan ke... ahaks... lagi beberapa hari je nak tahun depankan.

P/S : Eh macam mana dengan Blackberry Torch? Ayoyoyoyo kena baca review pasal Torch plak ni...
Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe