Pernahkah by Anuar Zain

Godeh-godeh You Tube, terjumpa lagu Abang Anuar. Jujur saya katakan, ini pertama kali saya dengar lagu ni. Macam biasa, lagu-lagu Anuar Zain memangla menusuk kalbu. Bila saya dengar betul-betul liriknya , sedap betul bait-bait perkataannya. Nukilannya... aduhai korang searchla kat You Tube yer lagu ni, dengar sendiri... ***ahkak ni memang type feeling-feeling and jiwang-jiwang banyak, nasib baikla Mr.H ni redha... hahahahah****

Eh.. dah beli tiket untuk Konsert Anuar Zain ke?  Konsert yang meraikan tiga dekad pembabitan Anuar Zain dalam bidang seni akan berlangsung pada 16 Februari 2013 bermula pukul 8.30 malam di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Harga paling murah RM91 dah sold out kat online!!!! Now the cheapest RM 142.50 . Alahai... camno eden nak pujuk Mr.H ni? Kompom kena reject due to the ticket price. Aritu ada diskaun for early bird takmo plak nak gi beli kan. Ha! Hamik!Padan muka ahkak! Teringin betul nak pergi la... Tak kesahla duduk jauh asal leh dengar live! Kalau nak tahu more details pasal tiket ni leh gi kat  TICKET CHARGE website.  

macam biasa gambor from google la... Cair jap!

Lirik Pernahkah by Anuar Zain

Pernahkah engkau berfikir
Apa yang ku lakukan itu cinta
Pernahkah engkau sadari
Setiap ku bicara itu cinta

Pernahkah engkau mengerti
Yang ku inginkan berdua denganmu
Walaupun hanya sedetik
Memandang wajahmu itu cukup bagiku

Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu

Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu

Dan bila kau rasakan
Seperti yang ku rasakan
Sambutlah tangan ini
Dan berikan cinta

Dan bila kau tak mengerti
Dengarkan lagu ini
Ku berkatakan sejujurnya
Dan ku cinta kau

Hanya kau yang ku mahu
Ku takkan hidup tanpa dirimu
Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu

Hidup tiada ertinya
Bila aku tak bisa
Memiliki dirimu



Comments

Popular Posts