Aku Tulang Rusuknya

1:29 PM

Menyepi lagi kan? Bukan apa , sibuk dengan final exam. Alhamdulillah exam dah tamat and now tengah berdebar plak tunggu result this 18th February. Semoga semuanya di permudahkan.Bukanlah untuk menulis pasal my final exam. Topik itu akan menjadi bosan sebab saya ada 5 part lagi untuk habis. Tapi ini kisah semalam. Kisah antara saya dengan Mr.H.

Semalam Mr.H ada job menembak for birthday party. Saya tak suka menangkap gambar tapi saya suka di tangkap gambar. Sengal dan mengada sangat hokies.Mr .H ni , kalau dia gi buat job akula assistant jaga barang. Kalau 8 jam kat venue tu , 8 jam jugakla aku melangut. Sejak telefon hilang ni, lagi teruk langutnya. Dulu ada handphone boleh jugak la browsing2 kan.

Semalam, birthday party for 16 years old girl. Disko di tengah hari. Teringat zaman muda-mudi. Aduhai, aku ni kalau dengar lagu mulala kaki dan tangan ni bergoyang2. Nasib baik la di kala terleka-leka tu sedar diri jugak. LOL

Aku duduk di satu corner semalam, sambil tengok gelagat anak-anak muda menyambut hari jadi. Tetiba terpandang Mr.H. Terus meremang bulu roma. Aku tenung jer dia dari jauh tatkala dia sibuk menembak.

Aduh... sayang sungguh aku pada mu. Hati in terdetik , mampukah aku terus kehidupan ini kalau satu hari nanti aku kehilangan mu. Macam -macam dugaan dah aku tempuh dengan Mr.H. Pahit, manis, kelat, masam-masam pun ada. Alhamdulillah semua di tempuh dengan tabah.

Mungkin benar aku adalah tulang rusukmu sayang. Hati ni menjadi sayup sangat. Tetiba aku tersenyum sendiri. Argh... macam jatuh cinta sekali lagi rasanya. Macam nak mengurat jer. Yang kelakarnya, pandangan yang dah jatuh cinta itu  dan mengurat itu adalah buat  Mr.H ku.  

Laut mana yang tak pernah di landa badai dan gelora, ribut dan taufan. Alhamdulillah selama 7 tahun kami saling mengenali, badai dan taufan itu kami harungi dengan tabah. Semoga Allah mempermudahkan kehidupan kami, semoga makin kuat kasih sayang antara kami, semoga Allah jadikan kami pasangan yang setia, pasangan yang tabah mengharungi onak dan duri, semoga Allah kurniakan cahaya mata buat kami, semoga semuanya berjalan lancar buat kami. Amin.

Thanks sayang, bagi upah kos menunggu you semalam. Love you Abie...


Terim Kasih sayaonnie for this picture

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe