Nasi Lemak Royale - Ampang

Korang pernah dengar Nasi Lemak Royale ni? Well terus terang aku katakan aku tak pernah dengar. I hear it from my friend 2 ke 3 bulan lepas. Dema kata nasi lemak royale ni glamer gila kat Kedah and they have it in KL now. The best part, they said rasanyanya sama macam kat Kedah. Pada masa tu aku dengarkan jer la kan.

Rerupanya lokasi Nasi Lemak Royale ni, terlampau dekatla dengan umah eden. Cuma kami tak pernah poie jer… Lokasinya di Tiara Duta Ampang. Kelab house Tiara Duta ni diorang jadikan food court. Cosy jugak sebab tepi pool kan ***terfikir jugak la kan , camno resident Tiara Duta ni nak mandi pool***

Kat food court ni , ada jual Burger Bakar Kaw-Kaw , pizza and pasta , tomyam pun ada, macam-macam lagi la. Air dia boleh tahanla mahalnya, cuba bayangkan setin coke RM3. Mungkin tang air ni di charge oleh Club House kan.

So how was my 1st attempt of Nasi Lemak Royale. For me and hubby nasi lemak royale ni sedap! Nak buek camno… eden ini ada darah mamak jugak, so bila kari campur tu marvelous , I should say sedap la kan! Tapi pada saya ia bukan nasi lemak. Sebab tak berlemak pun, lepas tu nasi lemak wajib ada kacang , ikan bilis and sambal, tapi semua tu tak ada. I wouldn’t agree to classify it as Nasi Lemak, tapi as Nasi Kandar… ooooo YES! Abah pulak kurang suka sebab nasinya agak lembik. Well everyone has their own review right? Harga? 3 pinggang nasi, 1 set ayam + sayur + telur asin, 1 set kambing + sayur and 1 set lagi ayam saja harganya adalah RM17.50. Standardla now days harga makanan macam tu kat KL.




System air, sangatla lambat. Dah nak tercekik Abah di buatnya, air x sampai2. So selagi air tak sampai, korang jangan la order makanan kecuali korang bawak air sendiri yer.

Burger Bakar Kaw-kaw ? Saya banned! X sedap langsung! Roti sejuk! Patty sejuk and so dry! Aduhai… kenapala tak di jaga kualiti makanan tu. Kesian orang yang bayar RM10 untuk burger. Sebab dah bayar, saya gagahkan jua habiskan at least patty burger tu. Roti memang saya campak tepi la. Vege dia? Need I to tell you more?

Our last food that day pizza! Dengan harga RM14.90 I love the pizza. Simple! Tapi jangan compare dengan Dominos pizza la yer. Owner pizza ni rasanya bukan orang local. Yang jaga kedai tu macam anak dan bapak. The anak was so friendly. Sejuk hati nak mengorder. Kalau kat kaunter burger tu, tak senyum langsung. Nak kata saya order dah lewat malam, tidak, sebab I ate there at 6.30pm. Next saya nak cuba pasta diorang plak. Nanti saya bagi nama kedai ala-ala Itali ni. Haritu tak ingat nak catit nama kedai.

So… saya sangat berpuas hati , cuma system air tu kena cepat sikit and burger bakar tu.. haih… saya xmo order dah. Rugi! So kalau xda tempat makan, korang bolehla terjah food court Tiara Duta Ampang ni bukan Food Court Dagang Avenue tau!



Hugs,

Marlia

Comments

Anonymous said…
Salam saudari Marlia.

Saya baru buka kedai bawah flat Taman Nirwana berhampiran tapak pasar malam Taman Dagang, Ampang. Jalan Dagang 2/7. Speciality kami nasi ayam Hainan/BBQ/Blackpepper . Kalau ada masa datanglah rasa.Malam western food. Nama kedai saya BRAVO WESTERN. yang memasak suami saya, bekas chef dgn pengalaman 18 tahun.

Kalau tak jumpa boleh call 012 2276454/012 6433560.

Salam.
Azlinda

Popular Posts