Si Dia Kaki Pukul!

Haloooo

Owh itu bukan Mr.H saya of course!  Yer muka Mr.H memang nampak garang dan susah betul cinta hati saya nak senyum dekat orang sembarangan. Mr. H juga bukan seorang yang mudah untuk tunjukkan kasih sayang and romantikanya di khalayak ramai jua. Alhamdulillah walaupun sebegitu Chenta hati hamba bukanla seorang kaki pukul. Wajah bukan penentu segalanya bukan?!

 Saya sangat marah sebab tu saya rasa saya patut tulis untuk share dengan sahabat-sahabat, adik-adik dan kakak-kakak seperempuan saya. Yang saya nak ceritakan ini adalah hubby my babe!

Kisah bermula di satu petang di laman Whatsapp

Babe : Lia, jom dating dengan aku kat Empire? Ko suka macaroon Whisk kan?
Me : Hamboi! Pandai ko pancing aku kan... ko belanja aku on!
Babe : Of course dear... this evening. Laki ko bagi tak?
Me : Orait roger... Meet you there! **lepas pujuk2 Mr.H of course la saya dapat dating dgn babe saya kan...**

Lokasi Whisk Empire

Me : Babe.... ko dah berhijab jugakkkkk !!!! Yeayyyy Alhamdulillah...
Babe : Syhhhh.. ko ni kuat betulla la. Aku pakai selendang jer kot! Aper la.. malu aku. ***pada siapa yang mengenali saya, tau mcm mana loud I'll shout , tanpa mengenal sempadan. tapi kalau Mr.H di sisi dah lama aku kena cubit. hahahahah***

Me : Ala.. beginning kira Alhamdulillah la babe... Happy for you!
*** lepas salam, cium-cium , gomol-gomol pipi sikit aku perasan pipi kiri my dear fren ada kaler-kaler. Biru sikit, purple sikit, itam sikit***
Me : Babe!! Kenapa muka kau ni?!! Ko jatuh ke? Ker ko kena pukul ni... *** now I undrstand why she wearing the shawl, maybe to cover bengkak-bengkak tu***
Babe : Jom-jom order dulu, have a seat and aku cerita

Aduhai, saya bukan boleh benda-benda mcm ni. Risau! Macaroon pun macam dah tak selera, tapi order jugak! LOL Bongok betul saya ni kan! Lepas semua settle, duduk kat corner and kawan saya ni ceritala dari A-Z.

Sumpah saya tak percaya bila kawan saya cakap dia kena pukul oleh suaminya. I know the husband! They are very romantic couple tau! Sangat romantik. Suaminya tak ada rupa pun kaki pukul. Nope! Kalau jumpa, saya rasa Mr.H lagi garang la.

They are such romantic couple. Depan org pun romantik, caring and semuala. Sampai saya kadang-kala cakap dgn Mr.H "Romantiknya dema bie... nak camgitu gak boleh?!!" Sempoi je Mr.H balas " Tak yah nak ikut sangatla. Yang penting you tau I sayang u kan...?!!" Hokiesss!!! Berbalik pada cerita kawan saya ni.

Reason kena pukul?!! Last night diorang gi main badminton among their friends, and my friend ni tired so keluar dari court. Hubby dia balik masuk kereta terus muncung. Bila sampai umah, my fren terus kena belasah dengan alasan memalukan hubby dia depan kawan-kawan. Cepat sangat keluar court and diorang masa tu tak cukup orang. What the HELLL!!!!!!

Entahla, tak mampu aku nak tulis dengan lebih lanjut lagi. Sedih dan hancur luluh hati aku di buatnya. Kenapala sifat amarah itu di biar menguasai diri? Kata sayang? Kata cinta? Tapi perlu ke naik kaki dan tangan? Allah Huakbar... 

Terus teringat drama Terlanjur Cinta  lakonan Aqasha dan Siti Saleha. Betapa si suami membenci si isteri , di pukul , di herdik dan di maki tanpa belas ehsan. Namun si isteri tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Penyesalan si suami sudah terlalu lewat untuk isteri terimanya kembali. Itula dia hati seorang perempuan, tahap sabar mereka memang terlalu tinggi , tapi bila sampai satu tahap yang tak boleh di terima... memangla susah diorang nak terima kembali. Memang kalau korang tonton drama itu, korang akan kata kenapala pompuan ni bodoh sangat *** I'm one of them*** Tapi cuba letakkan diri kita di tempat mereka. 


Kasih dan sayang membutakan segalanya. Dalam Islam memang tak menghalalkan penceraian, tapi tidak bermakna mengalakkan segala yang tidak baik. Selagi boleh berusaha, kenapa tidak demi kebaikan. Tapi kalau tahap kesabaran dah tak tercapai oleh akal, baik lepaskan sahaja. Tidak guna mendera mental dan psyhical. Kepada yang menjadi mangsa, tidak perlulah direlakan segalanya.

For those yang kaki panas baran, cepat marah... Tolongla control your anger tu. Carik la benda lain yang boleh membantu. Amik air semayang ke, mengaji ke. Tidak pun ingatla akibat-akibat yang boleh berlaku bila korang tak dapat kontrol perasaan marah korang tu. Boleh membahyakan orang lain dan siapa tahu, boleh buat korang masuk penjara kelak? We never know. Allahuallam.

Argh... bercakap dan menulis memang mudah bukan? Cuma kita sendiri yang pikul beban itu? Aku doakan ko bahagia babe, semoga both of you dapat jalan penyelesaian yang terbaik. Allah sentiasa uji umat yang dia sayang dan di berikan dugaan demi dugaan buatmu kerana Dia tahu, kamu pasti ada jalan untuk mengatasinya.
In Sya Allah.



Hugs,

Marlia

Comments

Popular Posts