PESTA BUKU 2013 - PWTC
Assalamualaikum,
Hari ni aktiviti dengan mak ke Pesta Buku. Mak nak sangat nak pergi so aku bawak la. Lagipun Prince coming home, so we thinking maybe few books for him. So tak boring sangat la kan bila dia balik sini.
Parking kat PWTC boleh tahan mahalnya, but demi buku apa salahnya kan. Sejam pertama RM3.50 dan setiap jam yang berikutnya RM2.00. Kalau korang masuk after pukul 6 petang, will be flat rate of RM4.00. Hope its help la pada sapa yang tercarik-carik harga parking kat PWTC ni.
Pesta Buku kali ni takdala besar mana. Kecik jer. Alhamdulillah Mak tak sakit kaki pusing pesta ni. Last day on 03/02/2013. So kalau korang baca ni tak ada buat apa hari ni, pergila... bawak anak-anak tu. Yang best boleh beli buku RM1 for children. Yerla bebudak kan, beli buku dah puas dengan ABC gamaknya nak menconteng... and it's so worth it. I love all the coloring books, sticker book, flip card,buku-buku ilmiah and novel of course....
Saya agak suka kedai buku ni. Buku-buku Dakwah Corner ni untuk children and it's Kisah-kisah Nabi dalam Bahasa Inggeris. Owh bukan saya tak suka Bahasa Melayu, my English pun tak perfect! Pada saya bila mak and bapak dah cakap melayu kat rumah, tak salah didik anak-anak berbahasa Inggeris. Senang nanti bila dah besar diorang nak pergi interview, grammar tak tunggang langgang. Bahasa Melayu yang kita ada ni kita asah bagi hebat! Bahasa Inggeris kita belajar supaya memudah kan kita kelak. Kadang-kadang kesian bila kat kerja semua dalam English and kita ni terkontang-kanting tak paham apalah yang diorang tulis. Nasib baik ada google translate kan! **** yer saya adalah salah seorang makhluk Allah yang bila kat office saya sentiasa bukak google translate and synonyms supaya memudah saya****
Mak tengah belek-belek buku Kisah Nabi berbahasa Melayu. |
Kalau la rumah saya ni ada ruang dah saya borong kisah-kisah nabi ni. |
Ok kalau korang berminat dengan kisah nabi , nak ajar anak-anak membaca , well this is a good bargain. Seriously good. Walaupun terbitan pada tahun 2004, tapi buku sangat berkualiti. Kulit tebal, muka surat daam kertas yang bagus dan bewarna. Harga mesti mahal?!!! Owh salah sama sekali. It's RM3 jer! Murah giler jika di bandingkan dengan kualiti buku.
Mak tu, kalau boleh dia nak belikan untuk Prince. Adoihaiiii Tok Mi sayang, prince baru nak setahun, buku tu sesuai untuk budak 10 tahun keatas la. Takpa-takpa tiap-tiap tahun ata Pesta Buku. Nanti kita carik lagi untuk Prince bila dia dah besar sikit. Alamak booth yang mana ek? Xpa... yang pasti dia kat pintu masuk hall tu. Mesti korang jumpa punya!
Animal and counting for Prince! |
Flash Card tu RM10 jer. Bagus untuk children motor skills. |
So ni la hasil tangkapan! |
Quran Stories for kids tu yang kita orang beli kat booth Dakwah Corner Bookstore yang aku cerita tu. Harga RM 37 tapi dapat RM 33. Cerita Haiwan di dalam Al-Quran tu RM10 for 3. Bagusn dan sesuai untuk budak yang baru nak stat membaca sebab dia dan colourkan suku kata.
Teringat pulak kecik-kecik dulu abah dan mak ajar aku membaca. Di ambil colour pencil and di tandakan mengikut suku kata sebab aku ni tak gi tadika langsung. Bukan itu aje, masa mak memasak, disuruhnya aku dengan Angah hafal sifir kat tangga rumah Jalan Omar.
(korang kena nyanyi macam lagu cerita A L O N G ALONG!)
1 x 1 1
2 x 1 2
Berlagu-lagu baca sifir tu. Kadang-kadang tu menipu, siap tulis kat tangan. LOL Kantoi dengan mak kena rotan. Kalau silap, alamat rotan jugakla kena kat tangan ni. Kenangan terindah betulla. Sangat berterima kasih bagaimana aku dididik dan dibesarkan oleh permata hati aku dua orang tu.
Owh korang nampak tak, belah kiri tu ada Al-Quran kaler kuning. Bagus tau! Dia buat jilidper jilid base on juzuk per juzuk. Mak kata, nanti bila ada orang meninggal, senangla budak-budak tahfiz tu nak baca dan khatamkan AlQuran ni sorang satu juz. Aduhai... sayu hati aku bila mak kata macam tu. Semoga umur Mak dan Abah panjang sehingga ke syurga. Harga dia tak silap RM89 tapi mak dapat RM75.
Alhamdulillah.
Comments