Layu sudah...

10:39 PM

Malam ini hati saya tak berbunga riang... kuncup malah layu. Rasa berguguran kuntum-kuntum layu ketanah. Nak sambung entri pasal handbang pun saya tak ada mood. Layu sungguh...

Saya tidak paham, kenapa dalam semua hal lelaki saja betul. Kalau isteri menjawab sikit, katanya mengumpul dosa nanti. Tapi? Wajar kah? Si isteri tiada hak langsung ke untuk bersuara dan menyatakan luahan hati?

Geramnya.... Saya tidak kesah tapi saya merajuk dan kecil hati. Saya tak tahan nak tanggung derita ini sengsorang. Jadi saya kongsikan di sini. Saya tak paham kenapa lelaki tiada peri kemanusia terhadap wanita bernama isteri? ** eh macam lain macam ayat tadi tu** Saya tidak dambakan kehidupan seperti Melayu kuno. Lelaki jadi boss di rumah, isteri kena buat semua kerja. Adil kah bila ia berlaku di zaman teknologi begini? Zaman seorang isteri bukan lagi suri rumah sepenuh masa.

Kalau boleh saya tak mahu susah. Saya nak senang selalu. Sebab tu saya rasa saya berusaha keras. Saya berusaha untuk senangkan hati semua orang walaupun ia tak mementingkan diri saya sendiri. Kini saya rasa seperti tidak di hargai **my BFF do apperciate me... I love her so much** Sekarang saya tak tahu usaha saya itu sesia ke atau ...?

Kini saya terfikir? Merenung sejenak... "Selama ini aku berusaha untuk siapa? "  Saya selalu memenuhi kehendak orang lain tapi tidak diri saya sendiri. Saya selalu mengalah untuk yang lain. Oh... itu kelemahan saya. Kelemahan saya yang paling besar.

Saya berdosa tadi. Bukan berdosa dengan insan bernama lelaki, tetapi berdosa dengan insan bernama Mak. Maafkan Along mak, along tidak sengaja. Along sayang mak. Cuma masa timing Mak sampai itu tak kena. Maaf Mak... maaf sangat.

Sekarang saya akan memulakan mode merajuk saya. Bye!

**saya rasa tenang sikit selepas menulis, tapi saya terfikir am I to harsh for this entri? erm... nak post juga**

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe