NO H.A.N.D.B.A.G

11:49 PM

Saya dah tak ada handbag. Sedihnya... Eh ini kes serius ni...

Saya dah pergi window shopping, tengok-tengok handbag yang kot-kot saya berkenan, tapi saya tak berkenan semua bag kat tempat yang biasa-biasa saya beli. Gawat macam ni. Saya mengadu kat Mr.Hubby.

  1. Handbag I semua dah buruk **padahal dia baru belikan hangbag untuk saya raya tahun lepas ... dah dekat setahun, lama la tu kan?**
  2. Handbag I semua dah boring, outdated **Malaysia ni ikut musin ke?**
  3.  I dah tak ada handbag nak pakai ** helooo... ada 3 yang boleh tetukar pakai kan?!!**
Tahu tak apa statement kelat dari Mr.Hubby?

" I tak paham la , I rasa macam u banyak handbag jek?! Kenapa tetiba pulak tak ada handbag ni?"

OK... boringgggggggggg , biarla saya cerita kisah-kisah bag saya yang tak seberapa tu...
  • Guess putih - hadiah harijadi dari ibu saya, tahun lepas kot. Terima Kasih mak. Tapi terus terang saya tak berkenan sangat sebab entah... tak berkenan. Tapi sebab mak dah belikan pakai je la.. takkan nak campak tepi. Harga kalau puluh-puluh ringgit tak apa ni ratus-ratus **leh beli Coach dalam onlinela**
  • Guess pink A - saya suka gila bag ni sebab tak ada kat M'sia. Bila suka selalula pakai. Asyik pakai dia, dia dan dia. Bila selalu pakai cepatla rosak dan kotorkan. Tapi buckle dia dah hilang. Pelik kan, camner leh hilang. Bila nak betulkan, semua tukang tak reti betulkan. So tersadaila... ** so this one tak kira la kan?!!**
  • Slingbag Esprit - Mr.Hubby present masa my 25th Birthday... 5 tahun lepas, tapi itu slingbag ... lain, pakai bila nak gi jejalan jek. tapi itu pun dah boring... sebab macam outdated jek.. **yang ya saya berkenan sling bag yang baru**
  • Dark Chocolate Leather Mulberry - Present from my beloved sister 4 years back. Eh tipula... Angah presentkan I Balenciaga and this Mulberry to Mak... tapi Mak kata Mulberry ni bulky for her... so I took this Mulberry and Angah amik balik the Balenciaga. Syh.... nak tau satu cerita... It was triple A Mulberry... Angah bought it during her trip to Bangkok. She told me it's near to RM4++. Mak aii aku siap cakap imitation pun mahal ke. Tapi when I went to saloon , the hairdresser siap cakap  "Mulberry ? High taste...." Ayoooo aku masa tu manala tahu le branding-branding ni... Masa nak betulkan buckle  kat One Utama, mamat tu tak yah tengok brand beg, aku tunjuk je terus leh cakap nama  bag ni. Gila terror. I love this bag, tapi dah lama la...boring dah...
Exactly this chocolate colour.




  • Lastly last year, black Nine West. Memula beli alasan banyak compartment.Tapi bila dah beli , tak suka plak. Alasan? Masih yang sama dengan alasan memula nak beli bag ni, banyak  compartment. Sampai nak cari barang pun tak jumpa. Bila nak cari kunci kereta or handphone  tak jumpa, mulala I naik angin  dengan sewenang-wenangnya... Silap-silap nanti tak ada mood langsung nak buat apa-apa.



  • Sekarang bila dah dengar cerita, percaya tak? I memang dah tak ada bag langsung untuk pakai! Semua dah basi... (tapi I still love the Mulberry, makin lama kulit bag tu makin kilat, because it's fully leather) Tapi masih tak ada bag la...

    I pening la... nak pi jejalan next week ni pun tak ada bag yang sesuai. Sadis betulla... Ada few handbags yang within the budget in mind. Tapi Mr.Hubby suruh I fikir bebanyak kali. Keperluan atau kemahuan.... Nanti I sharekan dengan korang ek.. bag yang berkenan sangat di mata dan hati ni. **terngiang-ngiang kata-kata Mr.Hubby lagi "ikut rasa hati binasa sayang"**

    Lalalallala baik I nyanyi kalau tidak asyik terngiang-ngian bisikan Mr.Hubby kat telinga I ni.

    P/s: nak tidor sambil mimipikan bag idaman kalbu.Nite-nite you alls

    You Might Also Like

    2 comments

    Popular Posts

    Bloggers

    Blog Archive

    Instagram

    Subscribe