Kusut!

12:38 AM

Kusut kepala  and kusut rambut. Kenapa?

Sekarang musim orang membeli kupon in advance untuk mendapatkan diskaun. Banyak betul channel yang boleh kita browse , contohnya Groupon, Milkdeal, MyDeal, Everyday... and many more. Saya adalah salah seorang yang ketagih; dengan membeli kupon spa la, manicurela, waxing la even wash and blow.

Nak jadikan cerita, setiap kali raya mesti nak ada rambut raya. Ternampak promosi yang tidak mampu untuk di tolak. Colouring  and treatment for RM48. Saloon dekat Kota Damansara. Nama saloon Stage! (seriously kena bagi tau) Entah macam mana di goda saya yang lemah ni, terjebak buat perm. ( oh my... I adore Kim Kardishan hair. Cantik!) Ingatkan apek saloon paham saya nak buat curl macam Kim Kardishan tu, rerupanya bila siap, tengok small perm yang macam jinjang tu. Rasa nak menjerit plus marah pun ada!

Me : I dont want this, I want big curl
Apek bengap : Amoi.. your hair halus, tak boleh buat itu big curl..
Me : Damn! Penipu!

Masalahanya, siap di potong my hair kekonon nak bagi nampak perm tu menjadi. Hanginnya Allah saja yang tau. Sejak dari bulan posa sampai skang, susah betul saya nak lepaskan rambut saya. Asyik bersanggul je. Sampai Raya pun saya tak ada mood nak amik gambor raya. Siap pakai tudung di pagi raya, sebab rambut saya sangat buruks! Mr.H dah jemu tengok sanggul tenonet saya.

Mr.H : Sayang... kenapa asyik ikan rambut jer ni?
Me : Kepala I cepat berpeluhla la bie...
Mr.H : Tak elokla, rosak rambut.
Me : **Sengih mcm kambing jer le**

Adoi... kalau Mr.H baca blog saya ni, memang kantoi. Kalau dia tau, terukla saya kena bebel. Wasting money nanti katanya! So sekarang ni saya tengah cari saloon yang paham kehendak saya, bukan saya nak A dia bagi B! Saya nak dia tahu muka saya rambut macam mana yang sesuai or I want my Kim Kardishan hair! (itula tahun lepas rambut panjang, gatal potong... skang amik ubat! Sikit punya lambat nak tunggu panjang!)

Saya ada baca pasal Bambang from Hairkunst Curve. Bagus ke? Korang ada any saloon to suggest? Please help! Tak sanggup dah 3 bulan bersanggul macam makcik-makcik.

nampak tak rambut saya bila di lepaskan? Belah bawah tu... jarang-jarang yang sangat buruks!
Uwaaaaaaaaaaaaaaaa  I really can't accept this!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe