Biggest Loser C**r**s! LOL

Saya rasa jawapannya sebab tidak mampu untuk laluinya seorang. Yer betul... ramai yang menegur, ramai yang mebangkitkan perasaan marah, sakit hati dan cemburu dalam hati. Tapi semua hanya berkesan sebulan dua, then people intend to forget bukan?

Sebagai seorang manusia biasa, kita perlukan sokongan in everything we do. Sebab tu kalau kat opis, setiap Manager pasti ada AMnya. Ketua darjah ada penolongnya. (eh relevan ke? hentam jer la). Orang yang gemuk ni selalunya cepat mengalah, lemah dan hati mereka terlalu lembut (owh mungkin tidak semua seperti saya) 

Kalau tinggal serumah, tapi diet sorang-sorang , alahai... memang tak mampu. Tengok mak masak sedap-sedap, terliur gamaknya. Ketika itu niat "Eleh... sikit jer, bukan ada kesan pun...” Namun niat tinggal niat je la...

Cuba kita kaji balik rancangan Biggest Loser show. Diorang tinggal serumah, compete with each other for the prizes. Bila nak makan, tengok competitor tak makan, automatik kita pun tak selera nak makan. Ini la yang saya tengah buat. Compete dengan budak office for the next 3 mnths. Sapa turun berat paling banyak, dia akan di belanja di Tony Romas. (tau prizes dia food... tapi untuk kurus bukan bermakna kita tidak makan yer...)

Apa yang bagus? Most of the time kita orang amalakan healthy diet and we work-out at our own ways. Kadang-kala bertukar info dan tips (rival tetap rival yer LOL). It makes me more excited to losing weight. I learned a lot! How to take care our own food intake, how to workout and how to manage myself. The best part... rakan-rakan selunch kami pun sekarang dah makan healty food. Kalau dulu nasi berlauk tapi kini sandwich! Kawan-kawan Twitter pun sama... get so excited. Each time I post my food or training update, diorang tercabar and wanna do the same. Feels so great when you do something good and it's lead others to do the same. 

So jawapannya “Sokongan a.k.a Support” & self confidence. Saya tahu ada yang cakap “Ala takkan la tak sedar diri sendiri .... takkan semua nak orang bantu” Amboi... cakap senang... sila masuk gelanggang dan cuba sendiri. Alhamdulillah , jika kamu tergolong dalam golongan yang tinggi metabolism.

Pada adik-beradik, anak dan parents, or suami isteri... kalau nak tengok orang yang tersayang sihat dan cantik, bantula mereka... Join sekali sesi jogging ke aerobic ker. Bila part makan, if orang yang berdiet ada, masakla makanan yang sihat walaupun....

Teringat my BFF Zach... They also inspired me! Hubby diet, wife pun diet sekali.  The wife always cooked healthy food for their meals. End up both of them looked stunning, handsome and gorgeous! They are such a good example. Love you so much dear! (eh sorry ek, main tulis without permission heheheh)

Pada yang berdiet... Nekad kena kuat. Cita-cita perlu ada. Tanamkan niat semua ini untuk diri sendiri or maybe you wanna proof something to yourself or others. Sampai bila asyik nak hidup dalam denial, bila ada sales baju keep on tak muat and “Any size bigger?”  Bila ditanya kenapa tak beli “I rasa tak sesuai la baju tu dengan I”  Bila orang kata “You gemuk macam pompuan tula” Balik umah, masuk bilik terus nangis. Bila suruh timbang “Malasla... dah timbang dah dulu, still at the same weight”  Sampai bila nak sedih sebab “Aku gemuk sangat ke?” Sampai bila nak kumpul handbag dan kasut jer? LOL (owh it’s all me... takda kena mengena dengan orang lain yer)

Owh... saya rasa saya tak patut menulis sebab journey diet saya baru bermula lebih kurang 3 minggu lepas. (this CNY holiday ruin my diet... itula pasal sebab tak kuat kan! Nasib baik sedar cepat!) Tapi as a start... I hope this will help others. Hanya orang gemuk je yang paham perasaan si”gemuk”.

Picture was taken end of December 2011 . Weight was 91 kilos. OMG tengok dagu dan pipi? Penuh!

P/S : Berapa berat saya? After a month then I reveal it to you people. Have too! Kalau tak nanti, takut cita-cita sekerat jalan. Cita-cita?! Teringat my conversation with Mr.Boipren pasal ni tadi. Esokla kita cita. 3.00am and I should get some sleep, esok kena kireja 15 hours! J

Comments

Popular Posts