Cerekarama TV3 : Aku Mahu Terbang
Saya suka cerekarama TV3 malam ini. Ye... ada yang katakan story line agak slow pada mulanya... tapi saya masih suka. Saya suka cerita yang penuh dengan cita-cita. Pada saya, kita perlu menonton isi cerita bukan kosong.
Cita-cita yang dipupuk dari kecik, penuh dengan rintangan dan halangan. Pada siapa yang percaya pada cita-cita, setiap duka pasti menjadi semangat untuk terus berjaya. Pada yang cepat mengalah.... cita-cita pasti hanya tinggal cita-cita.
Saya suka lagi-lagu dalam cerekerama ini. Suka sangat. Tapi bila cari di laman sesawang ini, hampeh! Satu pun tak jumpa. Bait-bait lirik merupakan pembekal semangat. Orang kata, kadangkala lagu pengubat luka dan pemberi semangat. **Owh yang pertama mestila Al-Quran yer!**
Saya suka cinematography cerekarama ni juga. Pengarah Malaysia sudah semakin kreatif. Angelnya sangat menarik. Owh rupanya ramai yang tunggu Beto dalam cerekarama ni. Thanks to my dear friend Rozel... siap bagi link FB Beto. Yeah... he's good. Tapi saya sukakan abang kepada Ki... Comel kottt... LOL **ok me memamg suka lelaki berambut panjang la... camne?!! **
Kesimpulannya, I just love the moral of the story! We need to be strong to achieve what we want!
Congrats kepada tuan pengarah, Mr.Feroz Khan dan para pelakon
"Kalau Tuhan menduga kita, maknanya Dia tahu kita boleh hadap..."
Comments