JANJI JUJUR SEPI

ni pun google jerk!
Yer betul! Drama ni dah lama. Sejak jun 2012. Tapi ini semua bahana Beto Khusairy! Carik-carik kat you tube terjumpa drama ni. Apa lagi, play jer la...

Ya Allah suka bebenor dengan dia ni. Sejak bila... Lama dah kot ***ni masalah saya , saya pelupa, sebab itu saya perlu catit segala di blog kesayangan hamba ni***  

Pasal Beto next entri, tapi pasal cerita ni. Saya suka! Selalu orang kata Melayu tak pegang pada janji! Walaupun ia hanya sekadar drama , tapi saya bangga! Saya suka orang yang pegang pada janji dan saya adalah orang yang akan cuba pegang pada janji! Siapa tidak bukan?

Tapi saya pernah mungkir janji dulu. Mungkir janji terhadap amanat Abah dan Mak kepada saya. 
Argh... ini biar saya cerita di entri lain, kalau saya ingat la kan... Sekarang saya nak tebus balik apa yang saya mungkir . Insya Allah kalau boleh, saya nak buktikan pada abah dan mak bahawa kali ini saya pegang pada janji itu. Saya nak buktikan tak terlambat untuk saya tunaikan janji. Insya Allah.

Owh... kalau bukan pasal Beto , agaknya saya tak tonton la drama ni. Janji. Semuanya pada janji. Jangan tersalah janji sebab ia bakal makan diri kita sendiri. 

Kotak Hati - Hujan

Tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Berbaring renung kita ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa

Terang terang
bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang
sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

Mimpi mimpi
yang tak kembali
aku janji
janji takkan pergi




Hugs!
Redminxx

Comments

Popular Posts