Pementasan Dunia

12:08 AM

Kehidupan ini adalah pementasan dunia. Pementasan yang setiapnya mempunyai babak demi babak yang tersendiri. Kadangkala bertukar panggung demi panggung  untuk menjayakan pementasan hari itu.

Kalaula pementasan duniawi ini diadili seperti Anugerah Skrin,  FFM ker... Sudah pasti aku yang mengondol gajaran wang ringgit, kereta mewah atau barang kemas yang bernilai ratusan ribu ringgit. Malangnya pementasan ini tiada tiket masuk. Pementasan ini percuma.

Setiap babak tidak dirancang. Ia dilakonkan secara semulajadi. Setiap babak sudah dilakarkan tanpa kita mengetahui. Argh... Ini nukilan meruntun jiwa atau nukilan yang terlalu marah untuk diri sendiri.

Mampukah lakonan ini bertahan? Mampukah pelakon dalam pementasan ini terus menunjukan apa yang bukan dia rasa. Sejauh mana mampu dia berselindung demi rasa itu. Bukahkah lebih baik menjadi pelakon yang jujur?

Tergelak sebentar. Adakah orang yang berlakon itu jujur? Bukan kah mereka berlakon berlandaskan skrip yang di tulis? Jujur terhadap dengan siapa dia berlakon? Berat berat dan berat. Dah terlalu jauh merepek tanpa hala tuju.

Malangnya otak masih ligat memikirkan babak untuk hari esok. Mampukah mata celik untuk babak seterusnya?

Biarla memedam rasa hati. Rasa yang tak tahu sampai bila boleh terungkai. Malam... Moga kau menjadi rakan baik. Tidurla dengan nyenyak dan mimpila dengan indah.
Semoga pagi esok akan bermula dengan babak indah. Dengan lafaz Bismillahirrahmannirrahim.... Selamat malam pelakon pementasam dunia.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe