Sebelah jek?!!

1:18 AM


Lately mood aku mood nak mencantikkan diri. So aku pun beli ler lense colour. Aku memula nak beli dari sini, my fren punya blog... Cik Juwita. Tapi masa tu dah urgent sangat , last minute decision ... nak attend wedding, so aku beli je la lense Fresh Look - green colour. My little brother yang pilih.

Memula takut gak nak pakai, takut orang kata poyo, dahla gelap, ada hati mata ijo. Tapi bila pakai, dah blend dengan kulit. Cantik sangat... Mata tak nampak ijo sangat dan kulit aku nampak cerah skit.


So semalam aku pakai le gi office. Simpan jek dalam bekas buat apakan. Kembang gak la bila ada budak office puji ... (uhuk uhuk uhuk) . Hakikatnya bukan nak cerita pasal kena puji , tapi nak cerita pasal lepas balik ofis. Ingat lepas mandi baru nak bukak lense sebab tangan dah bersihkan... Nak di jadikan cerita, mata ni tetiba gatal bebenor, apa lagi sedapla mengeyeh....

Tiba-tiba mata aku pedih tahap gaban. Tengok-tengok mata kiri lense dah hilang.... Ah sudah.... Habis aku tarik-tarik kelopak mata nak cek kat celah mana hilang, terjumpa belah bawah dalam mata. Aku urutla sikit-sikit kat luar bawah mata tu bagi lense naik... Masa tu dah happy sebab dah jumpa, cek-cek dua tiga kali....

" Abieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee lense I koyak.... separuh lagi hilang dalam mata.......   "

Cuak tahan gaban. Mata pedih masih tak hilang. Puas ku godeh mata ni, masih tak jumpa...

"Itula you... dah tau pakai lense gi genyeh mata tu ... kan dah susah skang ni... nak gi sepital?!!!"
"Ha.... sepital?!! takmo.... takpa I cuba cari jap..."

Mr.Hubby pandang aku pelik gila.... Yerla dah hilang ... nak cari kat mana kan?!!! Hampir setengah jam aku urut mata aku... bawah ke atas, atas ke bawah... angkat kelopak besar-besar... tiba-tiba.... aku nampak ada benda dari dalam belah atas mata aku... YESSS!  It was the other half. Alhamdulillah... kalau tak jawabnya lense tu hilang dalam mata aku ler.

Serik ?!! Tak kot... lepas ni nak try silver plak... khekhekehekh

P/S : aku rasa dah 2 -3 kali lense aku hilang... kalau jatuh tak sedar tak apa la... tapi kalau hilang dalam mata ?!! Lense tu gi mana ek?!!

You Might Also Like

4 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe