Sheila Majid



Sejak dari kecil, kereta Abah dipenuhi dengan kaset-kaset dari Sheila Majid. I think from 1st album sampai sekarang, Abah punyai semua koleksi album Sheila Majid.

Dulu, kalau balik kampung dari Kluang ke Kuala Lumpur, jenuhla I dengan Angah mendengar lagu Sheila Majid. Sampai naik hafal most of  her song. Kalau aku terdengar lagu Sheila Majid di corong-corong radio , pasti aku teringatkan Abah.

Kini, tat kala Abah membersihkan kolah ikan kelinya, pasti terdengar suara Sheila Majid di radio. Bunyi macam sesak nafas sket maklumla kaset lama. " Antara ayir dan Jakarta aku jatuh cinta, antara ayir dan... Jakarta... " Terngiang-ngiang suara kasar Abah mendendangkan lagu Antara ayir dan Jakarta....

Dulu sewaktu Sheila Majid membuat konsert di sekitar kawasan Kuala Lumpur, aku tak mampu nak bawak Abah menonton performance penyanyi kegemaraanya. Ada sekali tu kat Philharmonik or Istana Budaya, tak ingat la plak, pun tak dapat pergi tengok sebab Abah kena attend family wedding

Tahun ini sewaktu Sheila Majid mengumumkan mahu mencari sponsor untuk konsertnya , Abah tersenyum. Disuarakan kepadaku... " Kita pergi tengok ok tahun ni?" Well... aku memang dah niat nak bawak abah. Malangnya tiada penaja. Kenapa yek? Kenapa Rossa ataupun other Indonesian artist boleh buat konsert di Malaysia tetapi tidak Sheila Majid?

Yang dapat di sponsor hanyalah di Jakarta bulan September ni. Jauhnya....Harap-harap adalah pihak yang baik hati sponsor Sheila Majid Concert in Kuala Lumpur for 2010. Aku rasa mesti laku punya . She's an idol la.

My dear Abah, we just pray and hope Sheila Majid dapat buat concert di Kuala Lumpur. Kalau tak ada gak, akan Along check out if she doing any performance area bandaraya Kuala Lumpur ni. 

 **entri di tamatkan sambil aku pulak menyanyi aku cinta padamu sungguh... aku cinta padamua sungguh... mestikah ku ucapi....**

Comments

Popular Posts