Cintaku di Sekinchan



Nak tergelak dengan topik aku itu, tapi tetiba perkataan-perkataan itu yang menjelma, jadi teruskan sajala. Laju saja kepala otak aku nak menekan kekunci lappy, nak merencanakan setiap detik aku bercuti di Kuala Selangor bersama keluarga.

Percutian ke Kuala Selangor hanyala satu kebetulan. Kawan Abah semasa di Kluang dulu mengadakan kenduri untuk dua orang anak lelakinya di Kuala Selangor. Yer betul satu kebetulan, cuti sekolah, hari minggu dan Mr.Hubby dapat cuti. Abah merancang kami pergi melihat kelip-kelip, melawat Bukit Malawati, dah terlanjur ke sana.Ajakan abah kami penuhi. Lagipun dah lama, aku tak bercuti dengan Abah dan Mak.

Kuala Selangor... kawan universiti ku Ean, Masni dan ramai lagi tinggal di sana.Seingat aku hanya 2 kali aku pernah kesana, mengikut Ean pulang melawat kelurganya dan melawat Masni semasa berpantang. Kini Kuala Selangor, aku kembali dengan keluargaku.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam dari Ampang. Sesampainya kami di sana, perkara pertama sekali yang kami cari adalah tempat penginapan. Kenapa nak menginap? Kenduri kawan Abah berlangsung pada 26 Dec 09, kami sengaja pergi awal sehari supaya boleh melawat Kg.Kelip-kelip dan menikmati ikan bakar pada sebelah malam nanti.

Tempat pertama yang kami cari untuk penginapan adalah di De Palma Kuala Selangor. Tempatnya agak tersembunyi, nasib baik ada Garmin yang membantu. Sayangnya , De Palma penuh! Bukan kami tak telefon untuk menempah bilik, tapi jawapan yan di terima " First come fist basis"

So right now, our journey was to hunting for room first! Again we seek help from Garmin. Yup found few accomodation but tak memenuhi my minimum criteria la pulak. Alhamdulilah akhirnya kami jumpa Firefly Resort di Bukit Belimbing. Nanti cerita ek pasal Firefly Resort ni.

Penginapan done, and now continue our journey to Sekinchan. Kenapa? Apa yang aku dengar Sekinchan terkenal sebagai pusat penjualan mangga. Pusat Penjualan? LOL, sesampai je Pekan Sekinchan korang dah perasan kiri kana bahu jalan orang dah mula menjual.Perjalanan dari Bukit Belimbing ke Sekinchan ni lebih kurang 15 minit. Arah yang sama nak ke Lumut. Sayangnya, masa kami pergi tu, bukan musim mangga. Sekilo RM8.00. Mak kata, kat Tesco pun boleh dapat RM4.00. Alang-alang dah sampai, aku beli jugakla 2 kilo mangga.


Kawasan Sekichan ni terkenal dengan sawah bendangnya. Masa aku kesana sayangnya dah tiba waktu menuai kot, banyak padi dah kena potong. Just a few places je yang masih menghijau. So, apa lagi, fotography sessionla. Masa zaman aku kawin dulu tak mampu nak buat outdoor wedding shoot ni. Now was the time! Aku memang puas hati sangat! Thank you DAD!!! Muachs!!!



Love it!

Lihatla padi yang dah di potong



Mak and adik

Saya sayang awak!

I really jump!

Comments

NeenaAnuar said…
nice pics beb! i loiikkee! :D

Popular Posts