Luahan Hati

Saya nak menulis, saya nak bercerita tapi ...
Bila kita tengok kawan-kawan sekolah bahagia,
kawan-kawan uni girang dengan kehidupan, kawan-kawan office ceria je datang office,
kawan-kawan blog bercerita tentang kegembiraan kehidupan, pernah tak kita rasa sangsi?
Pernah tak kita terfikir, benarkah kehidupan mereka seindah begitu?
Terbit tak rasa cemburu dan sedih bila mengenang nasib sendiri?

Lain macamkan? Tak perlu untuk saya berterus-terang.
Apa pendapat anda selepas ni, saya tak akan tahu bukan?!

Saya terfikir adakah semua itu ujian dari-Nya yang lebih mengetahui ataupun
saya sendiri yang silap memilih haluan jalan saya? Silapkah apa yang saya lakukan selama ni? 
Setiap jalan yang saya pilih, tak mungkinkah satu pun Dia tunjukkan kearah kebenaran?

Berdosa saya untuk salahkan-Nya. Itu bukan maksud saya.
Cuma Dia selalu buat saya berfikir tentang ujian-ujian yang kerap
Dia berikan buat hambanya yang lemah ini.

Puas saya lakukan yang terbaik. Walaupun agak pedih untuk saya telan.
Asalkan yang lain gembira dengan pengorbanan saya, ia akan buat saya gembira.
Tapi perlukah diri ini di pijak dan diperkotak-katekkan?!

Saya tak pernah berkira. Saya tak pernah pentingkan diri.
Semua saya buat lebih kepada untuk orang lain. (sejak dua menjak ni je terfikir pasal diri sendiri)
Tapi saya masih tak rasa di hargai.

Saya amat marah pada diri saya ketika ini. Begitu pemaaf , terlalu pemaaf.
Benar Allah suka hambaNya yang pemaaf...
Tapi... bukan sampai di perbodohkan bukan?!

Mungkin benar kata orang, kebaikan seseorang amat sukar sekali untuk di ingat,
Tapi kalau keburukkan boleh makan tahun untuk di ingati.

Argh.... melalut sudah nukilan saya ini.
Orang benci pada keluhan. Tapi dengan menulis buat saya lapang.
Dengan menulis dapat lepaskan beban yang terpikul

Berat sangat rasanya ketika ini. Berat untuk berlakon senyum depan semua
Berat untuk katakan "I'm ok la... " while laughing.
Berat untuk menatap wajah mereka... 
" Aku kena kuat utk mereka... selagi beban ini mampu di pikul Insya- Allah ia akan terpahat di bahu ini"

Kalau masuk Grammy Awards , confirm saya pemenang utama. (LOL)


P/s :- Zach thanks for lend me your shoulder dear.

Comments

Zach Reza said…
Babe,how are you feeling today? I'm always here if you need anything k? Take care of yourself and it's ok be extra selfish sometimes. Love yourself darl,I'm sure you're loved by everyone else too! xoxo
Ermayum said…
hi dear terlepas baca yang ini masa memula publish , dugaan hidup manusia berbeza beza dear but berat nya berat pada yang empunya diri sama sangat sangat berat- sometime kita tak nampak kebaikan hari ini but insyaAllah kalau kita ambil positive satu hari kita akan nampak

orang bahagia pun ada masalah dear orang yang menulis yang happy pun ada masalah
it is not life kalau tak da masalah

u take care and ikhlaskan hati hidup kerana Allah hanya Dia yang menegetahui and hanya dia yang boleh membalas segala, biarlah orang nak buat apa pun but if you tak tahan u have to stand up for yourself k

may all dipermudahkan for you

Popular Posts