Kasih Suami

Wah... ni bukan cerita Mr.Hubby... (sememangnya saya tahu dia terlalu mengasihi bini dia yang kuat berleter ini), tapi kisah seorang rakan lelaki saya. Biarla saya nama kan kawan saya ini Abu.

Suatu hari saya tanyakan Abu sudah berkahwin ke belum? Jawab Abu, sudah 4 tahun ... cuma tiada anak lagi. Mungkin belum ada rezeki. Saya terus tersenyum dan melihat Abu. "Wah kita sama, aku  pun baru lepas operation sebab ada cyst... 4 years married juga, and belum ada rezeki juga"

Mungkin sebab kami ada persamaa, Abu kerap bercerita dan berkongsi pengalaman dengan saya. Nak tahu somethin? Berapa umur Abu? Jangan terkejut ye... 24 tahun? Muda bukan? Dan dia bukan normal executive dekat pejabat saya. Bila saya tahu umur Abu ni, saya terus menjadi berminat untuk mencungkil rahsia di sebaliknya. 24 years old, married for 4 years and get married masa 20 tahun? Muda bukan bagi seorang lelaki?

Ok... itu yang pertama, kedua cuba teka umur isteri Abu? Older 10 years than him. Oh dear... Ini membuatkan saya lebih berminat untuk mencungkil salah silah pemuda bernama Abu ini. Pada mulanya Abu tidak mahu bercerita . Abu kata selalunya orang salah sangka kenapa dia berkahwin muda. Selalu yang dia kena " Ko kena tangkap basah ke?" Astafirullahhalazim.... Saya cuba cungkil rahsia percintaan mereka (busy body betulkan aku ni) Jawapan Abu pada saya...

"Mar semua tu sebab cinta. Cinta yang ikhlas dan tulus. Selama 4 tahun aku berkahwin, makin hari aku makin sayang dengan bini aku aku, makin hari makin aku rasa rindu je dengan dia, makin aku rasa tak boleh berjauhan dengan dia. Aku tak pernah menyesal kahwin awal... Aku rasa bini aku itu adalah anugerah yang paling indah yang pernah Allah kurniakan untuk aku. Bini aku tu baik hati, pandai masak, cantik."
 (selalunya kalau org asyik puji orang rumahnya aku meluat (dengkikan) tapi Abu nampak too sincere)

Memang si Abu asyik memuji je bini dia. Tapi saya tahu setiap pujian Abu bukan untuk menunjuk tapi ikhlas. Allah tu Maha Kaya bukan... Abu admit kalau gaduh tu perkara biasa laki bini, yang pasti his wife is everything.


Abu selalu cerita dengan saya aktiviti dia dengan wife dia. Mostly aktiviti mencantikkan rumah diorang. This week dia dengan bininya nak kemas store rumah, next week plak dia akan cerita nak cat bilik dengan bini dia  dan baru-baru ni renovate rumah pulak ... Kalau berborak dengan saya, mulut Abu tak pernah lekang dengan perkataan "orang rumah".

Saya bersyukur sebab di beri kepercayaan oleh Abu tentang orang rumah dia. Abu kata dia tak boleh cerita kat semua org pasal orang rumahnya sebab orang suka judge which sometimes they make the wrong judgement.

Haih.... Kalau Mr.Hubby borak dengan kawan-kawan ada tak dia sebut nama saya? Ada tak dia puji saya? isk... Mana leh compare Abu dengan Mr.Hubby. Mr.Hubby tetap the only one for me.

Our pix before married

Comments

Popular Posts