Tenang

Hanya sesetengah orang sahaja yang tahu cerita di sebalik coretan-coretan saya minggu ini. Semuanya terkejut mendengar kerana tidak meyangka ianya berlaku kepada saya. (saya sendiri tidak pernah menyangka ia akan jadi begini)

Mereka pelik melihat saya begitu tenang menghadapi situasi sebegini rupa. Keadaan saya tenang seperti ianya hanyala perkara biasa. Pada mereka yang mendengar pasti mengatakan perkara ini tidak boleh diterima dek akal tapi saya masih tenang... Mereka katakan saya bukan perempuan normal. Saya mampu tersenyum. Itula masalah saya..

Aduh... saya tak mampu menunjukkan keperitan saya pada orang... saya sudah biasa menangung semuanya sendiri. Segala bebanan, pemikiran sejak dari dulu saya buat semua sendiri. Yup I'm one of the independent woman.Saya suka buat orang lain happy walaupun kadangkala memakan diri saya sendiri. 

Harapan saya, dengan menulis ini  sedikit sebanyak mampu melepaskan beban yang saya pikul ini.

Kata orang kalau kita sayang seseorang, walaupun keputusan ia pedih buat diri kita tapi membahagiakan orang yang kita sayang itu ,kita patut relakan demi SAYANG...


**pix taken from fineartamerica.com

Comments

Popular Posts