5th Day Iftar

8:51 PM

Alhamdulillah... Hari ini saya dah family berbuka dengan lauk kegemaran Mr.Hubby. Ketam masak lemak, kailan ikan masin, bawal goreng dengan sotong goreng tepung. Ketam was perfect! Kailan was great... Bawal goreng je ... tapi yang paling geram pada sotong goreng tepung,  tak jadi, embik semacam.

Memula nak pakai tepung biasa tapi mak suruh guna resepi dia. Campur-campur tepung. Saya ikutkan saja, mak lebih berpengalaman. Hampa bila masuk kuali, sotong goreng tepung jadi lembik. Tepung cair. Aduh! Mulalah saya salahkan mak, sebab guna tepung salah. Mak pun  salahkan saya sebab tak ikut bebetul apa yang dia ajar. End up saya sorang makan sotong goreng tepung tu... LOL

Dah 5 hari puasa, dah 3 bazar Ramadhan saya pergi tapi saya masih tak jumpa. Saya pergi bazar area Desa Pandan , Ampang Jaya dan Bukit Indah... semua tak jual .... Hish.. susah sangat ke nak buat? Dulu macam selalu je ada org jual kuih itu jek! Sekarang kenapa tak ada? Semua bazaar saya tengok kebanyakkannya menjual murtabak je.... kuih-muih pun dah tak sesedap mana. Tak nampak tempting langsung untuk saya yang tengah berpuasa. Kalau dulu pantang pergi bazar Ramadhan, RM10 tak cukup. Sekarang?!! Balik dengan tangan kosong pun pernah.Isk... usia semakin meningkat ke? Selera makan hilang entah kemana.... Apa sebenarnya yang saya cari ni?!!!

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
erks... cukup panjang ke bintang saya?
(gagahkan.. orang lain berbintang saya pun nak buat bintang gak LOL)
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaaaaaaaa!!!

**image credit to google pix**

Pulut Panggang ok! It was my late Atok favourite. Dulu kalau arwah ada mesti dia buat sendiri kuih ni. Sedapnya.... Isk... mana aku nak cari ni? Korang ada idea ke? Sedapnya pulut berintikan kelapa, lepas tu ada udang kecik-kecik... Nyumm..... 

Alfatihah buat arwah Atok saya Che Bah binte Man! Miss you so muchla Atok.

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe