Unplanned Exercise

11:06 PM

Hari ni macam biasa aku drive ke tempat kerja arouund 8.30am... Parking kat TPM tu kalau nak parking dalam bangunan mahal, around RM120 permonth. So sebab gawat ni baik le aku berjimat cermat , jadi aku parking kat luar bangunan tanpa bumbung with cost RM3/day.

Parking RM3 tuh kena pakai kad gores. So lepas parking kereta cantik2, siap gores kad dan letak atas dashboard, lock kereta terus le jalan ke office aku. Perjalan lebih kurang 8 minit kelajuan sederhana berjalan kaki. TPM ada sediakan shuttle van dari parking lot ke office, but I think apa salahnyakan... early exercise...eventhough a while.

Selalunya kalau jalan aku tak terlintas nak tengok kad gores orang lain, tapi hari ni lain macam plak, dah dekat nak sampai office aku stop kat keta depan sekali.... Kenapa? Sebab pelik diorang punya tempat gores lain dengan yang aku gores.

Isk.. biar betul... Hari ni dah 1st July... Damn... aku salah... aku gores 30 Jun!
Aku terus patah balik, gi kat booth parking tu.. bukan apa kang tak pasal-pasal keta aku kena clamp plus kena bayar fees RM50 to unclap... NO WAY!!!!

Aku tanya budak kat booth tuh macam mana aku dah silap gores, tak perasan langsung today 1st July. "Akak gi balik kat keta, amik kad tu dan bawa kat saya" what... patah balik... aku ingat mamat ni nak bagi kat baru..tapi kalau 10 orang mcm aku tak mati budak parking tu kan..

So aku ni patah balik ke kereta, amik kad, jalan balik kat booth parking, a budak tu tulis2 kat kad tuh , pastu aku patah balik kat keta, letak balik kat tu atas dashboard. Semua tu dah amik around 15 minutes. Lepas tu aku ingat isk tak larat la nak jalan ni kena tunggu shuttle van ni...

Malangnya shuttle tu tak nampak aku, menonong je dia jalan... so last2 aku kenala gak jalan ke office. Dah dua minggu aku kerja, inilah 1st time aku masuk office 9.05am sebab salah sendiri kan.

Tak pernah2 aku sampai office berpeluh ok!!! Rasa macam smelly jekk tapi apakan daya, semua tu unplanned!!!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe