Sekelumit Keluhan

12:49 AM

Kadang-kala  kita menulis ni, jenuh nak fikirkan pasal perasaan orang lain. Kadang kala pulak sibuk fikirkan blog ni penuh dengan luahan masalah ke? Tapi orang macam aku ni , kat mana nak luahkan lagi? Kat orang lain? Mereka paham ke apa yang tersurat dan tersirat dalam hati kecil ni?

Weirdo? Me? Sometimes, I guess maybe... tapi sampai bila kita nak jadi hipokrit? Ceritakan semua tentang kegembiraan kita, how about our sadness? We should hide it from others?Again, if we tell do they understand?

Hakikatnya aku rasa kehidupan adalah untuk mejaga hati orang lain selain hati sendiri. Merungut? rasanya tidak.... Cuma setitik keluhan. I wont bother about my self. It's true... Kalau nak buat something mesti kena fikir perasaan orang lain, kalau pun  keputusan itu melukakan hati aku sendiri, tapi bila ianya buat orang lain gembira. That was good enough for me. Segala keputusan inila yang akhirnya buat aku makan diri!


Aku tak punya banyak wang, tapi pengorbanan masa , tenaga dan kehadiranku mampu mengembirakan orang lain, aku redha  walaupun badan ni sudah penat untuk tersenyum. Makan diri? Yup... luaran tak semestinya menunjukan isinya... Don't judge the book by the cover! Pedih... yup terlalu pedih... Mana mungkin aku mampu mengembirakan semua orang sedangkan diri aku sendiri pun tak menentu.

Aku tak mampu bahagikan badanku pada 3 atau 4 tempat pada masa yang sama. Tapi mereka tak pernah paham atau cuba untuk paham. Niat dalam diri ini selalu di salah ertikan.

Andai kata ruang ini cuma sekelumit rasa hampa... tapi aku puas...

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe