Al-Fatihah...


Terpanggil untuk menulis pasal Yasmin Ahmad selepas menonton M3. Sedih, terharu dan tak sangka aku boleh menangis dengan hanya menonton dokumentari.
Ketika saat ibu Yasmin bercerita betapa hormatnya si anak dengan sang ibu buat mutiara berguguran dari mataku.Betapa besarnya kasih anak buat si ibu.

Yasmin Ahmad... aku mulai mengenalinya melalui filem SEPET. Dari Sepet aku mula ketahui semua iklan Petronas adalah hasil karyanya. Setiap kali musim perayaan tak kira, Tahun Baru Cina, Deepavali atau Hari Raya, aku pasti menunggu iklan Petronas depan TV. Dengan hanya menonton iklan Yasmin air mataku boleh meleleh lagi. (syadu betul aku terasa diri aku ni). (aku suka iklan Yasmin for Singaporean title Funeral... sila cek sendiri kat youtube sebab aku tak reti nak paste la.... (ke malas kan? ahaks!))

Kenapa aku suka produk yang di hasilkan oleh Yasmin? Genuine,asli dan tidak hipokrit. Setiap file dan iklan menceritakan betapa kasih sayang tak perlu di sorokkan di dalam keluarga. Jangan jadi hipokrit dalam diri sendiri.

Sebagai contoh, anak perempuan Melayu khasnya bila sudah menjadi anak dara atau berkahwin sudah malu untuk mencium bapanya sendiri. Kenapa? Kalau didikan yang betul ciuman untuk Abah itu tidak salah... Bukan semua tapi kebanyakkannya berfikiran negatif.

Iklan-iklan Yasmin pula mengingatkan kita betapa harmoni Malaysia, pelbagai kaum kita patut di eksploitasikan secara positif bukan negatif. Iklan-iklan beliau merindukan pekan kecil tempat ku membesar di Kluang Johor. Kenapa?

Dulu aku rasa pekan itu tak pernah membezakan kaum. Aku bersekolah campur, yang mana kesemua kawanku hanya bercakap Inggeris atau Melayu di depan kawan-kawan yang berlainan bangsa. (di situla aku belajar bahasa Inggeris) AKu masih teringat lagi seorang kawan berbangsa Cina membawa kuih bulan ke sekolah. Melihat aku rungsing dia dengan segera beri penjelasan " Hey no need to worry, our family dont eat pork at home & this is my mom handmade!" Apa lagi terus ngap la!!!

Kalau Raya Cina dulu, Abah selalu bawa aku dengan Angah menonton Tarian Singa. Masih segar di ingatan kedai depan fountain Kluang. Masa tu depan kedai penuh dengan semua kaum. Aku jadi excited gila tengok singa terbang-terbang.

Masa Deepavali pula, Abah mesti bawa kami sekeluarga melawat rumah kawan-kawannya. Maruku yang garing, chapati yang di buat oleh Auntie masa tu juga! Cedapnya... (alamak dah terkuar bahasa pasar aku ni) .Saat itu juga bukan Melayu saja yang ada, Cina pun ada!!!

One more thing,roti bakar Railway Station Kluang (kini kat KL Kluang Station) , owner Cina, the whole family doing the ccoking still customer dia pelbagai kaum. Tak takut pun untuk makan setiap hari.Oh rindunya aku dengan semua itu....

Tapi tu dulu... semuanya dulu masa aku tinggal di pekan kecil Kluang. Kini di kotaraya Kuala Lumpur susah untuk aku merasai semua itu! Iklan dan filem Yasmin Ahmad buat aku tak pernah lupa semua kenangan manis aku di Pekan Kluang , buat aku menyedari betapa pentingnya kasih sayang antara sesama manusia tanpa mengira agama, darjat dan kaum.
One more thing I love about her... She really love kebaya & kurung. It shows during her daily activities even masa amik award tak kira luar or dalam Malaysia. Suka sangat attitude dia ni. Kalau la aku leh pakai kebaya, memang aku pakai ! (tu maknya apa? kena kurus la kan? Bie.. takpa I dah jawab soalan yang bakal you bagi kat I nanti ! LOL) Al Fatihah buat arwah Yasmin Ahmad.

P/s: ingat lagi tak
entry nie ?!!! On 29/7/09 at 12.01 am aku terima sms mengata ayahnya telah kembali ke rahmatullah. Semoga di tempatkan di kalangan org yg beriman. Al-Fatihah!

PSS: Aku jatuh tangga tadi, bukan tersilap apa tapi kaki aku ni suka terpelecok. Kenapa pun tak tahu, if org tak tahu akan cakap aku gopoh! Nak bagi tau sakit kat pinggul dah terasa mcm tak leh duduk (infact skang ni aku meniarap)Sakitnya....

PSSS: Mana aku nak cari filem Muallaf uncut nih?!!!Any idea anyone?

Comments

Popular Posts