Carpool?

10:55 PM


Dah 3 hari aku start kerja baru kat TPM. Memula ingat nak naik LRT tapi fikir-fikir biarla mula bulan depan sebab bulan ni pun dah akhir bulankan. Dalam 3 hari aku survey minyak aku RM5 sehari. Not bad kan... kalau sebulan lebih kurang RM100 plus monthly parking RM 50 = RM150. Naik LRT monthly RM 80, jimat separuh ni.. Tapi ada satu lagi masalah, time consuming.

Kenapa? Ada sorang budak ni duduk Ampang gak, so aku tanya dia how was the public transport. Dia kata naik LRT kul 7.30am padi sampai Bukit Jalil around 8.15 amand shuttle bus akan amik around 8.30am. AKu tak kesah sangat,sebab aku drive pun keluar 7.45am arrive around 8.10 at parking. Tapi time balik tu yang aku ada masalah. Finished work at 6pm, shuttle bus amik kul 7pm, naik lrt & sampai Ampang dalam kul 8 pm. Herm... 2 jam babe dalam public transport. Kalau balik naik keta 6.45pm dah sampai umah. Sebab waktu balik ler nih yang buat aku fikir 2-3 kali nak naik public transport or not next month.

Aku nak ajak jek budak Ju ni carpool dengan aku kan.. dia gi balik bayar RM4 naik LRT, baik bayar kat aku je kan? If dia tak naik , tak yah bayar la... apa pendapat? Isk entah minah ni nak ke tak nak naik kereta dengan aku. heheheh. Nanti aku fikirkan camner nak tanya esok ni...

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe