Road Trip 2nd Day - Terengganu - Cherating

12:52 AM

Sebelum ni aku dah tulis pasal our Day One trip to Ganu , now we moved to the second day!
Hari kedua ingat pepagi lagi nak mandi swimming pool, tapi apakan daya Sumai apartment tu full with Malay & pool dia kecik giler... Tetiba perasaan malu wujud . LOL.Mak ajak teman dia dan Mak usu gi Pasar Payang... tapi aku tak berminat arrr... Bukan apa tak ada apa yang nak di beli so rela duduk je kat apartment.

Dalam kul 10 pagi aku and hubby teman Abah betulkan aircond kereta dia... tetiba semalam aircond tusekejpa berfungsi & sekejpa tak. Hari tu hari Ahad, nasib baik la Ahad kat Terengganu kerja, if not susah gak.

Kedai Uncle aircond tu bebetul kat depan roundbout kat batu bersurat tu. Uncle tu quite friendly. Macam-macam dia cerita dengan Abah. Tengok Abah pegnang camera siap ajar Abah jalan yang cantik untuk balik KL tapi jauh sket... Dia kata ikut jalan Tasik Kenyir... Herm... since we'all ada plan nak terus gi Cherating, so tak dapatla lalu jalan tu kan.





Nama kedai tuh Champion kot.. Napa le ada org edit awan merah ni? Iskkk


About an hour kat workshop kita orang gi minum plak. Baru je duduk, kebetulan Pak Su and the geng sampai. Tak janji pun, diorang dari beach main layang2, jalan ternampak kereta Abah terus stop. Sedap gak layan meehun goreng dia plus teh tarik. Beehun dia sebenarnya simple tapi apa di bungkus dengan daun pisang.

 
Ni nak cerita, 1st time sejak 29 tahun aku hidup baru le aku tahu keropok lekor tuh leh makan camtu jek tak payah goreng. Sebab aku minta keropok, pastu abang tu kata amik jer dalam ting tu... tengok2 belum goreng punya. Herm.. rerupanya dia kata makan macm tu lagi sedap! Aku pun try gak ler kan nak rasa, memang not bad la... tapi pada aku yang fresh punya ok kot... kalau dah bawa balik KL makan hari punya baik masak/goreng balik kan.

Then balik aparment the mommies tak balik dari shopping lagi. 12.3o all the daddies (abah & pak su la kan) berkemas2 sebab nak check out at 1pm. Wah... flattered gak aku tgk bapak2 ni berkemas, memangla ada 2-3 benda tertinggal but that was covered when all mommies balik dari shopping kan!!


On d way to Cherating singgah le beli keropok lekor 007.Penat aku dengan Mak su beratur sebab nak beli yang belum goreng punya. Yang dah goreng pun beli gak, tapi dah kirim kat Pak Su dgn mak yang tunggu dalam kereta. Rerupanya masa tunggu tu habis dah diorang makan keropok lekor goreng tu.. tak tinggal pun satu untuk aku. Mak kata dah lapo.. tak teringat pun. Sedih aku... ( mengadakan!) , Abah tengok aku chom semacam dia pun berenti le kereta kat kedai lain kat depan tu.. tapi keropok lekor dia tak sedap laaaaaaaaaa But anyway thnaks Abah! Cayang gak Abah kat aku kan....

Lepas stop untuk solat, Pak usu ajak makan otak-otak kat belakang masjid kemaman tu. Ramai gile orang kat kedai tu. Otak-otak dia lian, tak macam otak-otak Johor. Makan beehunsup, apa lagi ek? alah yang 3 segi tu yang bakar tu.. apa ek nama dia? Lupa la... Semua sekali dalam RM90 mahal juga ok!! Tak tahu ler kalau kakak tu tak tahu kira, tapi itula ramai orang kan, malas nak suruh kira balik. Then perjalanan di teruskan ke Cherating.

Memula kita orag nak duduk kat Ranting, tapi full house, yang tinggal chalet jauh sket dati beach, So kita orang duduk chalet yang aku pun tak tau apa namanya, masuk2 dah jumpa chalet tu... depan laut.

Rent agak mahal RM150 /day ada 2 king bed. Memula ma-mak nih takmo tapi ayah-ayah kata ok lah tu.. sebab publiic holiday... nak cari lagi kang takut takda. Nak di jadikan cerita lepas bayar rent, dalam 15 minit lepak2 dalam bilik tetiba elektrik takda. So kita orang yang anak-anak ni (isk terasa mcm aku budak kecik plak kan ) salin baju terus ler mandi laut. Air tengah surut sket masa tu.. so kena jalan jauh ler but who cares kan...

Aku dgn bebudak tu berposing2 dekat laut sebab ada 2 photograper (abah n hubby )



Lepas Mandi dalam kul 6 lebih elektrik tak ada lagi. Aku dah mula bising termasuk mak-mak kan. Tapi ayah-ayah cool jek... Sesungguhnya anak-anak lelaki Che Mat ni memang cool. Bini 2 je bising muhahahah ( termasuk aku ok!!!)

Sebab yang lelaki diam so yang pompuan nih mendiamkan diri je la kan. Abah sempat beli lilin & ubat nyamuk. 1st time ever vacation chalet gelap gelita. Makan le apa yang di beli di perjalanan.Nak pergi makan takut sebab satu Cherating tu bergelap. Kang makan kat kedai, entah apa la plak orang kedai tu masak sebab dia pun tak nampak kan. So duduk lepak je la kat chalet tuh bercahayakan bulan.

Masa beli air mineral water, aku tanyakan la dengan pakcik menjual tu. Dia kata kalau ramai orang ni memang selalu macam ni, elektrik akan di sambung balik cuma tak tahu je kul berapa.

While waiting for the electricity me & the kids main game goreng pisang la, menyanyi la... & tengah-tengah seronok with our activities tanpa di sedari electric was back!!! All of us menjerit ( aku dgn bebudak tu jek!!!) Then masing-masing lepak kat chalet bersiap for dinner.

Mak-mak je tak gi, mak su dah lending atas katil, penat gi pasar payang siang tadi tak hilang lagi kot. So the rest of us gi dinner. Lapor babe... just at nearby kedai makan jek. The food was not bad & big potion gak. We had ala-carte dalam 9 orang total around RM50 and it was Pak Su treat! Thanks Pak Usu. ops no 10 people sebab siap tapau untuk mak sekali.Terkejut gak la aku dengan Bie sebab macam murah kan, sebab Aku , Abah and Isz je minum 2 gelas air. (mak kata sebab tu aku buncit! kuat minum air ...)

Lepas makan apa lagi, tidur le jawabnya....




You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe