Cerita Jumaat

Ni cerita Jumaat lepas masa aku on the way nak gi kerja. Aku jumpa 2 accident masa nak gi kerja dan satu masa nak balik kerja.

1st accident jalan depan Taman Dagang tepi Balai Polis Ampang, pelik gak selalu jalan tu tak jam, tetiba Jumaat tu jam kan. Bila kau tengok ada sepasang suami isteri pakai helmet tengah terbaring tepi jalan, ramai le orang berentikan.

Dalam hati aku berderau masa tu, kesian sangat kat makcik tu. Maybe on the way nak pergi kerja kot sebab denganbaju kurung lagi. Nampak macam umur 40 ke 50 an... Terus aku teringat kat mak bapak aku kat KL even mentua kat Penang tu.. Isk simpang malaikat 44. Along/Lia selalu doakan mak, mama dan abah2 selamat!

Bukan tu jek, naik je MRR2 bawah kat Pandan Indah tu dah jam, nasib baik bergerak. Aku dah cuak masa ni, takut lambat kan, mana tau jam teruk gile kat depan. Nasib baik, rerupanya orang belah aku ni slow nak tengok accident the other side. Accident lagi... kali ni melibatkan 5-6 buah biji kereta. Aku rasa Kancil berpusing, van nak elak, tapi sebab banyak kereta dan mereka mungkin van itu diekori rapat terus van tuh kena langgar aku rasa 4 biji kereta berderet. Accident tu berlaku kat bawah jenjantas ke arah Tesco Ampang dekat Pandah Indah, jamnya sampai ke Bandar Tasik Selatan. Aku bukan kesiakan orang yang accident tu je, orang yang nak gi kerja pepagi tu pun aku kesian kan gak. Macam mana kalau kita kat tempat diorang tu kan?

Isk ni la.. meh aku buat kesimpulan dengan pemandu-pemandu kereta di Malaysia ni sebab aku kan bawak motor dan kereta, so aku paham perasaan kedua-dua jenis pemandu ni kan...

1) Orang yang bawa kereta ni kekadang tak paham situasi orang yang bawa motor, diorang budget diorang bawa kereta hebat. kekadang makcik/pakcik yang bawa moto tuh memang ler takmo duduk tepi sangat, bukan apa takut kena paku, kan dah susah... so kalau line kereta tuh ada dua potong jer le... tok sah dok nak hon-hon!!! Tapi pada yang naik moto tuh pun jangan ler bawak sampai tengah2, kalau ada dua line dedua line nak konker, maner le orang tak marah kan?

2)Kalau orang lain accident yang ko sibuk nak tengok tuh kenapa? (kalau aku tak tengok mana aku tau makcik tu pakai baju kurung kan heheheh) Teruskan la drive ko tu.. kalau nak tengok sgt terus berenti tepi & keluar dari kenderaan anda, kan senang tak meyusahkan orang lain yang takmo tengok!

3)Jangan campurkan cerita aku pasal orang bawak motor dengan mat rempit ok, sebab tu kes lain!!!sebab aku pun tak paham hobi merempit ni, takde ke benda elok yang diorang nak buat?

4)Ni untuk semua pemandu, kalau nak memandu cara merbahaya fikirkanla orang lain, korang mungkin rasa " xpa, aku terror control kereta aku, no hal nya!" tu ko.. yang orang lain tu? Ada ko tahu ? tak tahu kan? so .... janganla fikir pasal diri sendiri, fikirla pasal orang keliling, ko mungkin hebat... tapi ... malang tu tak berbau dek non!!!

5) Ha... kenapa nak drive dgn laju? lewat atau nak tunjuk hebat? kalau nak tunjuk hebat rentikan.. gi sewa trek Sepang tu barang sejam dua... ha... berlumba le kat situ! kes lewat nih aku tak leh terima... dah tau ada appointment tak reti nak set alarm? Now days ni bukan perlukan jam loceng kat HP pun leh set!

6) Ha... lagi satu pada yang tak sabar, suka potong Q!!!! kalau nak cepat sgt, keluar ler awal.. jangan buat benda last minute yang mana mungkin akan menyusahkan orang lain. Kalai diri ko yang susah tuh ko punya pasalla kan..

Kerajaan Malaysia kena pandang serius benda alah ni.. tak pun buat jalan untuk jalan motor, cuma aku tak suka terowong2 tu.. menakutkan untuk perempuan. Sedangkan orang laki pun leh kena rompak nih plak kalau orang pompuankan. AKu suka jalan motor kat Kerteh, kalau aku tak silap, tak yah asing-asing sangat, takut woo...

Tak pun buat jalan untuk penunggang basikal, senang! (rasa kat Putrajaya macam ada) Sapa yang kerja dekat dengan umah naik je basikal selamat. Hubby pernah suggest lat aku dia nak naik basikal racing gi kerja. Dari rumah nih ke Shamelin. Memang dekat, tapi bahaya ler sayang... Memang aku sangkal dan tidak setuju!!! Kita bukan macam negara luar, dalam town pun ada jalan basikal...

Tak tahu le napa aku hangin pasal benda alah ni.Tapi memang aku bengang dengan pemandu Malaysia ni dah lama sejak aku dapat lesen motor pertama aku taun 2000. Tapi bukanla kat semua cuma pada sesetengah yang pentingkan diri yang buat aku tak paham. Entah2 Malaysia ni dah di kategori negara paling tinggi accidentnya.

Oh ya... on d way balik kerja the same day.. aku jumpa lagi satu accident dekat Kg.Pandan. Penunggang motosikal juga yer di langgar kereta ... Fikir-fikirkanla...

Comments

NeenaAnuar said…
Yaaa... aku amat setuju ngan ko Liea!

biasa lar.. MALAYSIA BOLEHH!! huhuhuhuhu...

Popular Posts