6 tahun 3 bulan

2:52 PM

Macam sekejap je aku kenal Mr.Hubby. Detik perkenalan? Kena recall balik ni...

Masa tu aku baru frust bercinta, so dah nekad malas nak main cintan cintun.Ingat lagi macam mana masa tu aku kerja part time kat SFCC, tengah huduh2 berbau kopi, my housemate ajak aku temankan dia dating. Katanya kawan practical dia. Kenapa suruh aku teman? Housemate aku ni ada boyfriend la... so takmo kantoikan... Lagipun dia sayang BF dia teramat sangat. Nak tak nak aku ni temankanla diorang ni...

Masa aku tengok mamat ni ,kurus keding. Tak makan agaknya... tapi aku buat bodoh je. Kata temankan. Ingat lagi port perjumpaan di mamak belakang LRT Bangsar. So masa nak balik dalam kereta mamat ni minta no telefon aku la, kekononnya nak jelouskan kawan aku tu kan, aku pun sajer je bagi dengan niat nak main-main je masa tu. Mak buruks sangat masa tu nyah oii....

 
Mengharap si keding tu tepon masa tu... taklah sangat tapi ada sikit. Boleh? LOL Tapi lepas 3 minggu he called me! Kat situla semuanya bermula... 1st call tu gayut 5 minit je alasan dia ingat aku bagi no tipu. 2nd time call aku rasa sejam lebih... yang kali ke 3 sebelum kuar 1st dating aku rasa 3 jam... Kenapa 3 jam? Dah borak bagai nak, tengok movie sama2 kat TV, aku rasa 2-3 pagi kot. Aku tengok kat umah aku... dia tengok kat umah dia... tapi macam duduk sebelah2 padahal dalam telefon jek. Cinta nak berputikla katakan...

Kenapa aku layan? Aku single, boring and aku memang suka lelaki yang tinggi, chinese look plus pemain bola sepak!!! He have it all... Alamak GTG mak dah panggil... bersambung....


 

You Might Also Like

3 comments

Popular Posts

Bloggers

Blog Archive

Instagram

Subscribe