Mak dan 2012 Movie
Ingat lagi tak cerita Gamat Emas yang Mak Ngah hadiahkan kat aku tu. So on that day Mak Lang pun ada gak kat umah. Borak punya borak tetiba Mak Lang terkeluarla cerita pasal dia gi tengok 2012 malam sebelum tu. Conversation yang lebih kurag macam ni...
Mak Lang : Semalam Aton gi tengok movie la Kak Sara (ni diorang panggil mak aku)
Mak : Oh.. patutla tengok umah gelap. Tengok cerita apa?
Mak Lang : 2012... Seronok Kak Sara. Cara diorang buat cerita tu macam real... bumi terbelah... macam mana tinggi tsunami... orang tak boleh nak selamat... Bukan itu aje... Diorang siap tunjuk kepercayaan kiamat ni semua agama percaya. Diorang macam nak tunjukkan macam-mana bumi berakhir.
Mak : Yer ke Ton?
Mak Lang : Betul... tak caya Kak Sara pergila ajak abang tengok. Siap diorang bina bahtera macam cerita Nabi Nuh... Diorang bawa gajah, burung, zirafah isk semua haiwan la.
Mak : Along, jom kita ajak Abah tengok esok. Kat Galaxy sudah.. dekat. Kita tengok pagi-pagila.
Ai aku yang dah 2 minggu tak kuar rumah tu korang ingat tak happy bila mak offer gi tengok wayang. Menggeletat aku cek kat website movie time.... Abah pun macam ok jek...
Ha... kalau korang nak tahu... keesokkan harinya Abah kul 11 pagi dah telefon aku tanya dah siap ke belum. Aku ingat diorang memain... Terus aku siap... Masalah aku pulak, nak cari seluar yang sesuai. Yerla selalu pakai jeans je kalau nak kuar umah... Ni kat perut masa tu lom buka jahit lagi... Takut nak pakai suar ketat-ketat takut tertekan perut... Kang terkeluar plak isi perut aku. Tak naya?
Cari punya cari jumpa seluar lembut. Fuh... lega... Kalau tak naya aku nak berkaftan or berkain batik tengok wayang!
Sampai panggung, kita orang tengok show pukul 12pm. Tak silap aku kita orang gi tengok hari Isnin, tapi panggung dah tingal 3-4 seat dari depan. Walla wey... Diorang ni tak kerja ke? Takkan semua orang pencen yang tengok wayang ni? Nak tak nak aku, mak and abah choose le seat 4 dari depan.
Well... di akui movie ni scene cakap dengan scene action lebih kurang sama banyak je scene dia. Tapi itula... kepercayaan Hari Terakhir ni aku rasa semua jenis agama ada tulis dalam kitab diorang. Cuma bagaimana diorang percaya jek... Scene memang cantikla... Nampak real... Sebagai Islam aku rasa sedikit sebanyak cerita ni menyedarkan diri aku. (isk bih tu cakap je bila nak berubah ni? )
Lepas abis movie mak cakap dia pening kepala... Mana tidaknya seat kita orang memang agak depan. Aku pun pening gak... Tapi ada satu statement kiut dari mak yang aku tak leh lupa
"Along , Mak Lang kata bahtera tu bawak burung... Tak nampak burung pun? "
Korang baca balik statement Mak Lang aku kat atas tadi... So? Ada paham kenapa mak tanya such a question? Comel tak Mak saya? Love you mom...
Comments