Endometriosis

Apakah itu Endometriosis?
Endometriosis adalah sesuatu keadaan yang berlaku apabila tisu endometrial, iaitu tisu yang melapisi uterus dan diluruhkan ketika menstruasi, bertumbuh di luar uterus. Apabila di luar uterus, tisu endometrial akan berkembang menjadi ketumbuhan yang sakit. Tapak biasa bagi ketumbuhan yang menyokong uterus. Tapak lain yang berkemungkinan bagi endometriosis termasuk pundi kencing, usus dan vagina.

Walaupun penyakit ini lazimnya terjadi pada wanita berusia antara 25 tahun dan 40 tahun yang tidak beranak, endometriosis boleh mempengaruhi wanita, termasuk mereka yang mempunyai anak, pada bila-bila masa ketika tahun-tahun beranak.
Apakah yang menyebabkan endometriosis?
Endometriosis adalah salah satu keadaan yang paling membingungkan yang mempengaruhi wanita. Sebab sebenar penyakit ini masih tidak jelas. Teori yang paling biasa dirujuk sebagai 'menstruasi retrograd'. Menurut teori ini, sebahagian daripada cecair menstrual mengalir balik ke dalam tiub fallopio, dan tidak ke dalam vagina. Sel-sel endomeetrial yang terkandung dalam cecair menstrual berkemungkinan akan melekatkan dirinya ke pelbagai lokasi dalam kaviti pelvik.

Apakah simptom-simptom endometriosis
  • kesakitan sebelum dan ketika tempoh menstrual (ni selalunya sebelum je kalau aku yg kena)
  • kesakitan ketika jalinan seksual (so far macam ok je...)
  • pendarahan yang berat atau tidak kerap (berat tu = betul, tidak kerap = selalu je datang period aku ni!)
  • keletihan , kehausan dan tidak bertenaga (ni tak leh nak comment la, balik kerja drive , sometimes jam plak tu, lagi le penat!
  • tompokan pre-menstrual (2-3 bulan sebelum period aku tanpa henti tu, I've this!)
  • kesakitan pembuangan air besar ketika menstruasi (aku memang susah nak buang air besar )
Bagaimanakah hormon wanita mempengaruhi ketumbuhan endometriosis?
Ketika menstruasi, ketumbuhan endometrial akan berdarah, sama seperti lapisan uterin yang berdarah sebagai tindakbalas terhadap hormon-hormon kitaran haid. Walaubagaimanapun, tidak seperti lapisan uterin, produk-produk ketumbuhan endometrial tidak mempunyai cara untuk meninggalkan tubuh. Ini mampu mengakibatkan kegatalan pada tisu-tisu di sekelilingnya. Sebagai reaksi terhadap kegatalan, tubuh mungkin mengepungi kawasan ini dengan pelekat atau tisu parut yang mampu menyebabkan kesakitan teruk pada seseorang wanita.

Dalam kata lain, selagi kitaran haid bulanan wanita tersebut berlaku, tisu endometrial akan dirangsangkan. Ini boleh menyebabkan wanita mengalami kekejangan menstrual yang teruk, kesakitan atau tekanan pelvik yang kronik, kesakitan ketika jalinan seksual dan/atau masalah usus dan pundi kencing.

Jikalau seseorang wanita menjadi hamil atau memasuki menopaus, ketumbuhan endometrial mengecut dan kebanyakan kesakitan adalah disingkirkan. Walaubagaimanapun, tisu parut yang telah berkembang sewaktu tempoh penyakit akan kekal. Tisu yang kekal ini mungkin terus menyebabkan kesakitan walaupun kitaran haid sudah tiada lagi.

Bagaimana sesuatu diagnosis dilakukan?
Dilakukan melalui prosedur Laparoscopi. Ketika prosedur pembedahan ini, satu mikroskop kecil yang bertranmisikan lampu, iaitu laproskop, akan dimasukkan melalui satu potongan kecil yang dilakukan pada bahagian abdomen. Prosedur ini membenarkan doktor memeriksa keadaan organ-organ abdominal serta memeriksa saiz dan tahap ketumbuhan endometrial. Kaedah ini juga membenarkan doktor tersebut untuk mengecualikan keadaan-keadaan lain dengan simptom-simptom yang sama, misalnya kanser ovari.

Apakah jenis rawatan yang boleh didapati?
Pengurusan endometriosis ditujukan untuk menyekat tahap estrigen dan progestron seseorang wanita yang merangsang ketumbuhan endometrial. Pilihan rawatan yang berkemungkinan boleh melingkungi tanpa rawatan bagi kes-kes endometriosis yang minimal atau ringan hingga ke pembedahan major. Secara umumnya, pesakit-pesakit mempunyai 2 pilihan yang besar : terapi hormon dan rawatan pembedahan. Bagi sesetengah wanita, gabungan kedua-duanya mungkin diperlukan.

Apakah objektif rawatan?
  • meredakan kesakitan dan simptom-simptom lain
  • menghentikan perkembangan luka
  • memulihkan kesuburan pesakit-pesakit yang telah hilang keupayaan menjadi hamil
  • pengekalan fungsi-fungsi reproduktif bagi keupayaan beranak kelak
Rawatan dengan terapi hormon
Melibatkan pengunaan terapi hormon (analog-analog GnRH). Apabila di ambil dalam tempoh 6 bulan, analog-analog GnRH mengganggu penghasilan estrogen, menghasilkan menopaus yang bercetuskan medikal. Oleh yang demikian , tisu-tisu endometrial lazimnya mengecut, memberikan kelegaan yang signifikan daripada kesakitan yang berkait dengan penyakit

Kaedah ini melegakan pesakit daripada bebanan supaya ingat mengambil ubat harian. Lawatan pejabat bulanan ini juga membenarkan doktor mengawasi kemajuan pesakit

Kesan-kesan sampingan bagi rawatan dengan analog-analog GnRH boleh termasuk kepanasan muka, libido yang berkurangan dan keekringan vagina. Sejumlah kecil kehilangan tulang juga mungkin berlaku ketika terapi, tetapi ini akan dipulihkan secara separa atau secara menyeluruh sejurus selepas rawatan diberhentikan. Seseorang wanita mampu menjadi hamil ketika dirawati dengan analog GnRH.

Rawatan lain yang ada
  • pembedahan : rawatan pembedahan terbahagi kepada 2 kategori : pembedahan konservatif dan tidak konservatif
  • pembedahan konservatif : direka untuk mengekalkan keupayaan seseorang wanita untuk menjadi hamil. Bentuk rawatan ini berfokuskan pengeluaran kawasan-kawasan individu endometriosis. Pakar bedah lazimnya boleh menjayakan ini melalui penggunaan laparoskop. Ketumbuhan superfisal boleh di potong keluar atau dimusnahkan dengan arus elektrik dan penggunaan laser.
  • pembedahan tidak konservatif : terhampir dalam membekalkan kelegaan yang berkekalan bagi endometriosis. Namun, langkah sedemikian hanya diambil untuk meredakan kesakitan teruk seseorang wanita setelah kesemua pilihan lain telah gagal. Kaedah ini termasuk pengeluaran uterus dan kedua-dua ovari dan tiub falopia. Kaedah ini mungkin mencegah ulangan kejadian endometriosis, tetapi juga menjadikan pesakit tidak mampu mengandung dan berada dalam keadaan menapaus berkekalan
Keputusan yang terbaik adalah keputusan termaklum.
Endometriosis mempengaruhi setiap wanita secara berbeza. Pada akhirnya, pemilihan rawatan bagi endometriosis terpulang pada setiap individu wanita. Info ini membekalkan anda dengan maklumat mengenai penyakit ini. wanita harus mengulas kesemua pilihan dengan menyeluruh bersama doktor dan mereka yang terdekat. Walau apa jua rawatan seseorang wanita itu memilih, belai haruslah meneruskannya dengan keyakinan!!!

**info taken from Abbott brochure given by Dr.Bee (ponat tangan eden menaip ni... Tak kesahla asal dapat bantu orang lain kan! )Happy reading guys!Still confius cuba klik sini. (Info endmetriosis frm Dr.Hamid Arshad) Kalau need more info korang Google jek la yek! LOL

Comments

Anonymous said…
salam
trima kasih bebenyak atas info ni .. dapat memberikan clear picture ...
Marlia said…
my pleasure...
Marlia said…
my pleasure...
Marlia said…
my pleasure...

Popular Posts