SAMAN JPJ la pulak

Why unplanned journey?

Ingat lagi kisah BSN ? Kisah bagaimana Mr.Hubby di tipu semasa proses jual beli kereta lama Mr.Hubby.

Mr.Hubby dah di blacklisted oleh JPJ plak skang ni akibat dari kereta lama tu. The old car tak ada roadtax and insurance. Macam mana nak ada both thing kan sebab kereta tu dah dicurik plus tak ada geran kan. Orang yang bawa kereta tu dah di saman, also Mr.Hubby sebab ketika itu nama kereta tu nama Mr.Hubby. Malangnya we not received any letter pasal naik court  JPJ tu sebab they send letter refering address to Mr.Hubby punya IC which nobody staying there. Kerana tak hadir mahkamah itula Mr.Hubby di blacklisted.

Mr.Hubby dah pergi JPJ KL, malangnya kami di suruh telefon ke JPJ Johor sebab kereta itu di saman di Johor. So both of us godeh-godeh la website rasmi JPJ. Jumpa plak kolum bantuan/nasihat. So aku inform them about our problem . Received email  from the JPJ Customer Service tu suruh kita orang telefon JPJ Sri Gading kat Batu Pahat.
Aku ni telefon la no yang di beri di email... I'm glad orang JPJ tu peramah. Apa yang dinasihatkan kat aku, suruh Mr.Hubby pergi ke JPJ Batu Pahat, buat pendakwaan dan saman semula untuk ambil tarikh baru naik court.

Both of us thinking kena buat benda ni cecepat sebab
 1)sampai bila Mr.Hubby tak berlesen, kang masalah baru plak kena.
 2)aku dah mc lama , takkan nanti naik kerja nak amik AL plak buruk kang rekod aku, baik guna peluang MC ni
3) semalam Mr.Hubby punya off day, next week jatuh saturday n sunday .
Atas sebab-sebab inila kami pergi gak JPJ Batu Pahat semalam. Nak selesaikan secepat mungkin.

Our plan, to be the 1st arrived at JPJ Batu Pahat & to settle thing ASAP. Dalam website inform office JPJ bukak kul 7.45 pagi. we thought journey for 4 hours. So Mr.Hubby plan gerak kul 4 pagi. Terpisat-pisat aku bangun kul 3 pagi masa Mr.Hubby kejut. Dia kata sebelum dia siap sampai dia siap aku tak leh bangun. Isk...camner nak bangun, I slept at 1.30am sebab tak leh tidur...

Kul 4 pagi kita orang dah umah, had our McD breakftast dulu dalam kereta, bukan apa malas nak berhenti in the middle of the journey nanti. Lagipun makanan kat RnR highway tu bukan kena dengan tekak aku nanti. Selalunya kalau long journey macam ni aku akan temankan Mr.Hubby dalam keadaan celik.Tapi kali ni mata aku ngantuk gila, hati takmo tidur tapi mata mahu pejam. Tapi aku terlelap-lelap ayam gaks.

We arrived at JPJ Batu Pahat kul 7 pagi! 3 hour journey jek! Cepat kan... Alhamdulillah. Tapi sesampai hampa! Kita orang di beritahu kaunter bukak kul 8.30 pagi tuk pendakwaan. Hangin tak hangin la kan. Mamat JPJ yang aku tepon tu pun seingat aku bagi tau office bukak kul 8pagi... Sejam setengah aku dengan Mr.Hubby belegar-legar kat kawasan office tu. Yerla nak gi mana? Bukan tau jalan sangat pun, ni pun sabit cari address dengan tengok map kat multimap. Masa ni dah fikir alagkah bagus kalau ada GPS kan?



So sharp 8.30 pagi pegawai JPJ duduk kat Kaunter 7; terus Mr.Hubby pergi kat dia. Aku rasa PC pun lom on lagi masa tu. Mr.Hubby cerita dari A till Z , pegawai tu  dah cek serba serbi , so dia inform fail kat JPJ Johor Bahru, he will tried to solve everything kat sini , sebab kita orang dah sampai dah kat Batu Pahat tu. So sebab nak tunggu something faxed frm JB dia suruh kita orang pergi sarapan dulu. Bila aku tanya bapa lama, cara pegawai tu cakap " Pergila minum dengan rehat-rehat dulu, diorang still nak cari fail then faxed to me. Nanti datang balik ". Bunyi macam satu proses yang panjang.So we decide we had our b/fast at Kluang Rail Coffee.

 Jauh? Dalam 30 minutes drive jek. Sejak aku pindah KL 14 tahun lalu, aku tak pernah balik Kluang lagi. Mak ngan Abah selalula. So aku amik peluang ini  tuk balik ke tanah kelahiran aku, sambil tu leh tunjuk-tunjuk Kluang kat Mr.Hubby. Yup I do proud of the Little City.... Pix? Both of us dah letih sangat sampai tak larat dah nak pegang kamera masa makan kat Kluang Rail Coffee tu. I love their Teh C, Nasi lemak, pulut panggang yang best giler dan toast bun! Me had the Tea c and Mr.Hubby of course coffee... Kita orang makan 4 pulut panggang, 1 toast bun, 1 toast bread, 4 nasi lemak tak sampai RM 9. Cheap kan! Kalau kat KL ada kedai macam ni... herm... tak laku ler coffee shop lain.

So on the way back to Batu Pahat, aku tunjuk jejantas atas railway lane yang mana 1st time I had my girl day, I showed my old school, I showed my walking distance from my primary school to sekolah agama... I showed my old house, tempat tuition lama aku isk.. banyakla. Bandar Kluang dah maju, lain sangat dari dulu masa aku tinggalkanya, tapi satu yang tak pernah berubah , dia tak pernah sesak macam Kuala Lumpur. Sunyi...

Back to JPJ we tought everything settle we will get the new date... Tapi
Pegawai JPJ :  Maafla encik, kes ni diorang tak boleh faks ke sini, memang kes ni saman kat Batu Pahat tapi file kat JB. Kalau nak buat pendakwaan semula encik kena gi JB.

Kalau korang jadi aku bengang tak? Mestila BENGANG kan... ( teringatla kat AKIM tetiba LOL opss back to the story )  Masa aku email (thru portal JPJ) JPJ headquaters kat Putrajaya yer yang balas - bagi no tepon Batu Pahat ni kan, bila telefon - korang yang suruh aku gi Batu Pahat kan, bila sampai-boleh plak bagi tau kena pergi JB sebab dokumen kat sana. Ni yang buat aku nak maki orang kerajaan kan.Takkanla one simple policy/system tak boleh di terapkan,takkan everyweek berubah korang punya system, ingat dekat ke nak ulang alik KL-JB, ingat tak ada cost? Oh Kerajaan apa semua ni? Kata dunia di hujung jari anda... Ni hujung apa? Tak membantu langsung. Kalau orang yang tak ada duit camner? Dah la susah di buat lagi susah... Bukan kami takmo settle tapi masalah yang diberi buat kami hampa...

Kami gagahkan jua pergi ke JPJ Johor Bahru... nak tau apa? Lepas bincang-bincang one simple summon given , state new date naik court! Budus ok! Benda simple macam tu aku rasa JPJ KL leh tolong rakyat yang nak betulkan kesilapan ni dengan telefon cawangan JB minta diorang cek file, minta new date and time naik court  then tulis slip summon tu untuk kita orang. Tak payah nak turun sampai ke JB kan? Save cost kan?Masa nak naik court je pergi ke tempat berkenaan kan? Dah la naik court nanti masih kena bayar kompaun kan... BUKAN  FREE!!!! Maafla aku memang tak tahan dengan benda bangang macam ni. Yang ya nye diorang ni MALAS!!!!! Nak duduk berborak  sampai habis waktu terus pulang ke rumah ( I saw this kat KL, I won't write kalau aku tak nampak)  Nak kerja senang!

Satu lagi aku bengang dengan Pegawai pompuan( apa tah nama dia) bahagian pendakwaan JB tu, kita orang cerita pasal kereta itu kena tipu, nak tanya the right prosedur,kalau boleh nak renewkan dulu lesen Mr.Hubby sebab takmo masalah lain datang kelak before naik courtkan,  nak tau apa jawapan dia " Itu bukan masalah saya!" Mr.Hubby bukan menjerit ke apa... Cakap elok-elok.Tak boleh balas balik dengan bahasa dan susun kata yang elok? Dalam hati aku Allah saje yang tau masa tu... Isk rakyat datang nak minta tolong nak settle kan benda ni elok-elok korang boleh cakap camtu kan. BXbX punya perempuan. Aku memang sumpah perempuan tu. Dah la tak reti senyum, keras... Aku rasa dia kena pergi kelas customer service! Aku rasa minah ni besar diri sebab dia kerja JPJ kan...

Lepas tu bawak kami jumpa boss diorang, cerita lagi dari A till Z.En Boss kata okla tak payah naik court bayar kompaun je... masa tu dah relief dah.. dia bawa gi jumpa staff bawahan dia suruh settle.... 2 orang staff ni bincang-bincang... aku dengar la " boleh buat ke?" yang sorang tu jawab "susahla..... " Isk banyak lagila ayat -ayat diorang tu...Lama gak kita orang tunggu dekat 20 -30 minit melangut, pastu leh datang kat kita orang tanya apa kes?  Bengang tak korang? Terpaksa Mr.Hubby cerita balik dari A to Z, then cakap Mr.Boss bagi kompaun tak payah gi mahkamah.Pastu apa staff bawahan ni cakap... Mr.Boss say sorry sebab silap cakap, we still kena naik court!!!! Boleh silap-silap cakap? Diorang ingat kita orang ni datang dekat ke? BXbX sangat ok!!!! What the hell they trying to do? Like I said before they dont have fixed one system one for all kan?!!!

So end up both us dapat slip summon budus tuk naik court jek... Boleh? Berabis minyak dengan tol not for vacation but tuk amik one simple slip summon jek?!! So dah dapat benda bangang tu terus kita orang balik KL, arrived at 9pm.. tengok Nur Kasih (masa ni cuba gak bukak mata sebab takmo miss any scene ) then masa AJL aku rasa Tomok yang  tengok aku dengan Mr.Hubby.

Today bangun pagi both us tidur kat luar, depan TV je rerupanya... Dah tak larat sangat le tu kan... 

Comments

Anonymous said…
orang keja gomen mmg bodo tahap babi.......kalu aku, aku gedebukk jer pompuan sial tuh

deni
Marlia said…
deni darling, tak sangka aku ko mebaca blog aku yang entah apa-apa ni... tapi yup! memang budus tahap cipan!!! isk kang kalau aku gedebuk dengan sakit-sakit aku tu kang laki bini masuk lokap JPJ. Naya! hehehehe itulah masalahnya deni they got the power which sometimes it's not right at all!
Anonymous said…
blog ko bes ape....leh catch up ngan korang yg aku tak jumpa sejak 2006 ! pin selalu gak aku tepon dari sini...company bayar of course :D

deni

Popular Posts