Heels vs Flats
Tetiba aku terfikir pasal kasut... Heels and Flats... Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk bercerita mengenai topik ini. Tapi I just in love with shoes so much...
Kalau pergi window shopping dengan Mr.Hubby mesti aku nak masuk kedai kasut... Wajib!Sebab nak tengok design , mana new patern ,which one yang cantik and bonus kalau SALE! .Sekadar cuci mata pun dah cukup bagi aku. Alhamdulillah Mr.Hubby boleh beralah lagi mengenai hal window shopping kasut ni. Mr.Hubby : Layankan ajer...
Apa yang nak aku cerita ni base own my own story.Tak ada kene mengena dengan yang hidup mahupun mati.
Aku suka gile dengan heels. Suka bangat! Kalau heels pilihan aku , Nine West... Design dia cantik dan tak sakit kaki.Design dia selalu kena dengan mata aku. Oh ya, I'm not buying kalau tak sale, sebab aku tau dia mesti akan SALE paling banyak to 40% to 60% (kalau tak silap aku!).So worth it buying bila harga kasut dari RM400 turun ke RM200 atau kurang. Harga murah dan kualiti yang penting!!!
Tapi ia adalah suatu yang bermasalah for those yang ada badan besar macam aku ni.Sakit kaki & badan.My last heels yang aku ada masa hantaran kawin... Aku ingat pakai sekali dua jek... Sayang giler...Nasib baik tak rosak dalam simpanan. It's still fine til today. Mr.Hubby sometimes suruh aku pakai gi shopping complex ke rumah kawan ke.. .Uisk idakla gamaknya, aku lebih selesa dengan my Crocs (buat masa ni).Selesa...
Opsss... Jangan salah paham... Bukan aku tak pakai Vincci atau Nose... Pengalaman mengajar aku... Pernah sekali aku pakai, jalan-jalan patah heels dia. Padahal 1st time pakai tu! Tak tahula kalau badan aku dah besar sangat atau memang kualiti kasut tu tak sesuai untuk orang badan besar macam aku. Aku tengok my friends dengan Angah aku ok je bila pakai kasut diorang.
Oh ya bukan saya tak beli langsung... Mak aii manala ada duit nak beli Nine West selalu... Itu saya cerita kasut yang saya minat. Vincci dengan Nose pun sapa pandai pilih, memang cantik! Diorang dah pandai design!(walaupun kadang-kadang you guys akan terlihat the same patern like designer patern. Tapi ada aku kesah... Idakla gamaknya!) So sebab pengalaman patah tu.. kalau aku beli kasut-kasut ni masa SALE. Pueh hati aku! Mana tidaknya SALE 20% dari mereka ni pun dah cukup. Tapi kalau 50% harus beli 2-3 pasang buat tetuka pakai kan! Plus kalau patah tak terkilan sangat and I have another to replace.
Adore gila heels merah ni.. Cantik dengan dress mahupun baju kurung! Seksi... Mr.Hubby pernah kata "Perempuan pakai heels ni walaupun tak cantik tapi heels tu buat diorang seksi!" Pengakuan ikhlas dari Mr.Hubby. Lagi pun aku tengok cerita pasal fesyen heels memang menampakan perempuan tu seksi dari belakang sebab nampak kaki dia runcing!
Hey ! Tapi apa yang Aku suka, sekarang FLATS pun dah banyak mengancam! Cuma kaki anda tak nampak runcingla kan... Flats tak sakit, leh pakai dengan apa saja baju even baju kurung. But still you guys kena pandai pilih dengan patern & material ....
Macam kasut kat atas ni. Aku suka!Simple! For me boleh padan dengan shorts, baju kurung, jeans even office attire. Part sakit kaki & badan tu confirm memang tak sebab dia support tulang ... Cuma bab melecet tu.. Semua kasut ada, so kena pandai menanganinya. Petua orang dedulu gigit belakang kasut tu aku ikut sampai sekarang. Except my CROCS tak payah gigit pun! LOL
Saje letak kasut ni. Cantik.Aku suka bling bling. Pada aku kalau pakai dengan baju kurung confirm leh ganti heels kan cuma kurang seksi la...
Konklusinya flat memang terlalu selesa cuma kena pandai pilih. Heels... kalau wedding kat hotel takkan nak pakai Flats plak kan?! Tapi sendiri kena pandai la...Kena sesuaikan dengan tempat. Jangan jadi sakit belakang kelak sudah. Kalau tinggi seinci dua tu ok kot! LOL (aku selalu pelik kalau gi jalan kat shopping complex tengok pompuan pakai heels tetinggi sampai 3-5 inci tu.. tak sakit ke? Herm...)
Konklusinya flat memang terlalu selesa cuma kena pandai pilih. Heels... kalau wedding kat hotel takkan nak pakai Flats plak kan?! Tapi sendiri kena pandai la...Kena sesuaikan dengan tempat. Jangan jadi sakit belakang kelak sudah. Kalau tinggi seinci dua tu ok kot! LOL (aku selalu pelik kalau gi jalan kat shopping complex tengok pompuan pakai heels tetinggi sampai 3-5 inci tu.. tak sakit ke? Herm...)
Comments