Rawatan Terapi Endometriosis
Remember pasal rawatan terapi for 6 monthts tu? And I'm on it right now... So terapi itula Dr.Bee menggunakan Lucrin Depot atau in previous entry we called it as analog-analog GnRH.
Apakah Lucrin Depot ?
Merupakan satu analog GnRH (hormon pelepas gonadotropin) yang amat berkesan untuk rawatan endometriosis. Setelah menjalani terapi selama 6 bulan, didapati 99% pesakit mengalami kesakitan yang semakin berkurangan semasa kedatangan haid. 77% pula melaporkan pengurangan dalam keradangan bahagian pelvik dan 70% lagi melaporkan pengurangan kesakitan pelvik.
Bilakah kesakitan saya dapat dikurangkan setelah memulakan terapi?
Kebanyakkan wanita yang menghidapi endometriosis mendapati kesakitan mereka dapat dikurangkan dalam tempoh masa 3 bulan pertama
Keadaan saya bertambah pulih setelah 3 bulan saya memulakan rawatan Lucrin Depot. Adakah perlu untuk saya meneruskan terapi ini?
Ya.Adalah penting untuk anda melengkapkan jadual terapi selama 6 bulan, agar anda mendapat kelegaan daripada kesakitan untuk jangkamasa yang panjang. Ini perlu dilakukan walaupun keadaan anda bertambah pulih selepas menjalani terapi untuk 3 bulan
Adakah saya masih mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi?
Kebanyakan wanita akan berhenti datang haid semasa terapi. Akan tetapi, terdapat sesetengah wanita mungkin akan mempunyai kedatangan haid yang ringan atau sedikit. Kebanyakannya akan terhenti haid selepas bulan kedua terapi.
Selepas 2 bulan rawatan Lucrin Depot diberhentikan, kitaran haid akan kembali. Jika ini tidak kembali dalam tempoh 3 bulan, sila hubungi doktor dengan segera
Bolehkah saya hamil semasa menjalani Lucrin Depot?
Lucrin Depot bukanlah satu alat atau cara pencegah kehamilan. Ovulasi masih boleh berlaku walaupun anda tidak mengalami kedatangan haid semasa menjalani terapi ini. Persetubuhan tanpa penggunaan sebarang alat mencegah kehamilan boleh menyebabkan kehamilan. Oleh yang demikian, anda perlu menggunakan alat pencegah kehamilan (bukan hormon) seperti diafragma dengan jeli pencegah kehamilan, kondom atau IUD. Anda perlu memberitahu doktor secepat mungkin sekiranya anda mengesyaki yang anda bermungkinan telah hamil semasa menjalani terapi Lucrin Depot
Apakah akan terjadi jika saya terlupa mengambil satu suntikan?
Adalah penting untuk anda mengambil suntikan pada masa yang dijadualkan setiap bulan. Walaubagaimanapun, kelewatan mengambil suntikan untuk beberapa hari tidak sepatutnya menjejaskan anda tetapi kelewatan ini jika terlalu lama boleh mengakibatkan pendarahan atau ovulasi
Apakah kesan-kesan sampingan yang akan saya alami semasa rawatan?
Lucrin adalah sama seperti ubat-ubatan lain yang digunakan untuk merawat endometriosis, ia akan menyebabkan badan anda berada dalam keadaan seperti keputusan haid untuk sementara waktu. Jadi kesan-kesan sampingan Lucrin Depot adalah mirip keadaan yang akan dilaporkan semasa wanita keputusan haid. Ini termasuk rasa panas bahang, sakit kepala,berhenti kitaran haid dan kekeringan vagina. Kesan-kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan
Oleh kerana ubat ini akan menyebabkan saya berada dalam keadaan yang mirip keputusan haid, adakah saya juga akan mengalami kehilangan mineral tulang yang serius?
Sedikit kehilangan mineral tulang (3.2%) mungkin akan berlaku semasa terapi Lucrin Depot selama 6 bulan. Jumlah tersebut amatla rendah berbanding dengan wanita yang menyusu bayi mereka dengan susu ibu selama 6 bulan atau lebih.
Kesan ini hanya sementara dan akan pulih sebaik sahaja anda melengkapkan rawatan
** info taken from brochure given by Dr.Bee . It was from Abbott.
Jadi aku harap sedikit sebanyak infor-info ini dapat membantu orang lain. Tapi it was just an info, you guys still need a doctor advise ok?!! For me kalau ia boleh buat aku sihat, tak ada period pain lagi dan tak payah MC pasal period pain lagi, it's good enough! Hopefully it works. Insya-Allah.
Oh ya masa Dr.Bee cerita pasal symptom2 pengambilan Lucrin ni. Aku pandang hubby and tersengih jek. Kenapa?
Dr.Bee : Another one of the symptom you will have swing mood.
So ada paham? Mr.Hubby dah paham sangat dah napa aku tersengih. Sebab itu aku suka dia ikut aku gi jumpa doktor, at least he understand better dan tak cakap aku sajer buat cerita kan. I couldn't write more, masih teringat senyum kambing Mr.Hubby after statement doktor tu. LOL
Comments