Surgery Day
Malam tu kekonon aku nak suruh Mr.Hubby pulang kan... Tapi dia berdegil nak temankan aku. Lagipun bagus juga, sebab sunyi la... Kat mana dia tidur? That night we share the single bed together! Tapi bila nurse masuk kul 5 pagi mengelupur dia turun duduk kat kerusi sebelah. Yang kelako bila nurse check darah tetiba naik! aku confirm darah tu naik sebab terkuzat! LOL
Hari Rabu 4/11/09 pukul 11pagi aku dah di bawa ke bilik bedah. Memula ingat pukul 9.30 pagi... entah tak tahu le apa permasalahan dia kan... Sebelum surgery tu aku dah disuruh puasa dari kul 12 tengah malam... Berpuasa watu malam aku akui memang senang.
Aku dengan hubby berdebar2 gak masa nak dipanggil surgeri. Mulut aku ni jenuh berkumat kamit berzikir kepada-Nya. Naik atas katil, di bawa ke lift, jantung aku dah berdegup laju. Tapi aku cuba control sebab takmo darah naik tak tentu pasal. Sampai ke bilik menuggu untuk di bedah Mr.Hubby dah tak leh ikut. He have to wait outside.
Masa ni nurse suruh tuka baju, yang kelako aku pakai baju terbalik, lepas tangkap gambor baru tuka balik reben2 tu kat belakang. LOL
Ya ampun sejuknya masa tu kat bilik menungu, Tuhan sajer yang tahu . Kepala aku jenuh baca Al-fatihah, zikir isk memacam la yang aku baca masa tu. Dalam 30 jam baru aku di bawa ke bilik bedah. Dalam 20-30 minutes waiting aku di bawa ke bilik bedah.
Best gak tidor atas tempat bilik bedah tu. Panas je, macam warmer. Masa ni diorang tak on pun lagi lampu bedah tu...Then datang Dr.Azhar pakar bius aku.
Dr.Azhar :Assalamualaikum saya Dr.Azhar, pakar bius Puan, sekejap lagi nanti Puan akan tidur ya. Now saya masukkan ubat bius. Sila mengucap sebab Puan nak tidor ni...
Me: Aku hanya menganguk je lekan sambil mulut mengucap.
Lepas abih mengucap aku dah tak ingat apa.Sesedar suara mak. Isk dalam hati baru je nak tidur mak ni.
Mak: Along! Along ! Bangun... mengucap long
Me: Along kat mana mak?
(lepas tu aku ingat aku lelap balik mata aku sebab rasa ngantuk sangat dan rasa baru nak tidor... Pastu aku tak ingat apa,terus sambung tidor aku!)BLANK!
Comments
get well soon yer...:)